Saturday, July 12, 2014

Majlis Peguam melangkaui skop pertubuhan


Majlis Peguam (Bar Council) bukan dibentuk untuk memantau hakim atau pun menjaga KPI Hakim-Hakim.

Berpandukan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini, Presiden Majlis Peguam sudah melebihi batasan tugas dan tanggung-jawab.

Mengikut undang-undang, Majlis Peguam sekadar berfungsi untuk mentadbir pengurusan pihak pengamal undang-undang yang berdaftar dengan majlis tersebut, selain dari segi urusan dengan peguam kerajaan atau Jabatan Peguam Negara dalam pentadbiran undang-undang.

Fungsi dan pengawalan Majlis Peguam berada dalam bidang kuasa Akta Profesion Undang-Undang, dan Akta berkenaan tidak pernah memberi hak dan bidang kuasa untuk melanggar jurisdiksi Jabatan Kehakiman.

Justeru, sebarang tindakan menghina Jabatan Kehakiman, terutama Hakim Mahkamah Persekutuan adalah penghinaan kepada negara.

Dalam hal sedemikian, Akta Hasutan boleh diguna pakai, kerana ungkapan presiden majlis tersebut berbaur politik dan boleh dianggap berniat jahat (malicious).

Oleh yang demikian, Artikel 126 Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada tiga peringkat hakim, iaitu Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi untuk menghukum sesiapa yang menghina Mahkamah atau Hakim.

No comments: