Tuesday, May 20, 2014

Tuduhan Dyana terhadap UiTM terlalu am, terlalu rambang...merujuk kepada diri sendiri?




Dahulu mungkin benar bahawa 'ITM' antara lain, bermatlamat untuk mengutamakan dan memberi peluang kepada anak Bumiputera yang tidak berkemampuan.

Dengan manifestasi UiTM, pendirian tersebut masih kekal dan kental, walaupun demi memantapkan lagi prestasi dan mutu, universiti berkenaan semakin 'liberal' dari aspek pengambilan.

Peluang yang diberikan kepada anak Melayu luar bandar ke UiTM masih pada tahap 60 peratus.

Tuduhan calon DAP untuk Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud kononnya UiTM mengambil anak-anak keluarga pemimpin UMNO yang kaya, terlalu rambang dan bersifat am.

Beliau perlu lebih berani daripada itu dan lebih spesifik dalam membuat tuduhan berkenaan.

Apakah beliau merujuk kepada diri sendiri?

Memang ramai anak orang UMNO memasuki UiTM, tetapi apakah isunya di sini? Kaya atau miskin? Bukankah sejak sekian lama sering dilaungkan pembangkang khususnya, supaya diutamakan merit?

Di lapangan lain, merit juga diutamakan, seperti mana Lim Kit Siang menaikkan anggota keluarga sendiri dalam dinasti politik negara, dan juga bagaimana sesetengah pemimpin tertinggi dalam UMNO memberikan peluang kepada anak mereka - berdasarkan merit.

Kalau sememangnya berkelayakan dan sesuai, apa isunya?

No comments: