Monday, January 6, 2014

Perlu sehaluan...

PM meminta issue senstif penggunaan kalimah Allah ditangani secara berhemah dan tanpa beremosi.

Ini sememangnya saranan yang baik. Bagaimana pun, apa pula dengan pendirian tegar puak yang menggunakannnya di Selangor membelakangi dekri oleh Sultan Selangor?

Beberapa isu perlu ditangani dalam hal ini, termasuk antaranya pandangan PAS yang disuarakan oleh naib presidennya Mahfuz Omar, 

"Isu utama sekarang ini, Majlis Fatwa kena menentukan pendirian. Kalau majlis fatwa boleh tentukan pendirian, keputusan mereka, mana satu yang betul, menghalang kalimah Allah digunakan oleh orang Kristian dengan membenarkan kalimah Allah digunakan oleh orang Kristian yang dibuat oleh kerajaan pusat. Mana satu yang betul? Itu isu yang perlu segera bagi menyelesaikan kemelut ini."
Bagi pihak PAS pula, setakat ini mereka tidak bersetuju dengan tindakan tiga ADUN DAP Selangor yang meminta dipinda Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988

No comments: