Friday, January 3, 2014

Apa yang dinasihatkan di JPM?

Siapa agaknya yang menasihatkan PM kononnya rakyat memberikan maklum balas positif berhubung 11 langkah pengurangan kos belanja yang diumumkan kerajaan?

Malam ini keluar pula di Berita TV3. Apakah tidak disedari hampir 80 peratus komen sejak pengumumkan 11 perkata itu mengutuk belaka pelaksanaan inisiatif berkenaan?

Kalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO/BN sendiri pun nampaknya begitu jelek hinggakan rasa terpanggil untuk meluahkan perasaan masing-masing.

Tidak kurang juga yang bertanya sama ada pegawai-pegawai di JPM benar-benar membantu memberikan penjelasan sebenar kepada PM mengenai keluhan rakyat jelata.

Disebabkan persoalan sedemikian, timbul persepsi seolah-olah PM hanya 'syok' sendiri berikutan apa yang dianggap sebagai ketidaktelusan dalam melaporkan perkara sebenar kepada beliau.

Siapa yang memberikan cadangan kepada PM untuk berkata demikian? Tidak mungkin ini akan terjawap di atas sebab-sebab tertentu.

Selagi persoalan ini tidak diperjelaskan, akan berpanjangan tanggapan bahawa ada sabotaj dari dalam JPM sendiri untuk menjatuhkan kredibiliti PM Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rakyat jelata (JELATA) memperli 11 langkah yang diumumkan, kerana kononnya berasa mual. Yang diinginkan sebenarya bukan 11 langkah itu, tetapi supaya ditangani masalah isu poket mereka.

Apakah PM dimomokkan oleh pegawai di JPM sendiri?

PM bersungguh cuba membantu rakyat, tetapi beliau amat perlukan kerjasama daripada barisan penasihatnya...

No comments: