Wednesday, January 15, 2014

Akidah, syirik diketepikan kerana alasan budaya?



Mengenai amalan yang melanggar akidah, tetapi tetap dilakukan oleh sebahagian besar masyarakat Melayu/Islam di negara ini:

Ramai yang sejak sekian lama maklum bahawa banyak amalan yang dilakukan sewaktu majlis perkahwinan itu syirik dan melanggar akidah, seperti bersanding, menepung tawar, merenjis, dll.

Tidak payah diperjelaskan di sini dengan panjang lebar, kerana sudah sekian lama disuarakan oleh ulama dan mereka yang lebih arif tentang hukum agama.

Bagaimana pun, orang Melayu Islam terus memegang kepada amalan-amalan tersebut, dengan alasan ia sekadar pegangan budaya.

Bandingkan isu ini dengan perubahan yang ketara sekarang apabila mengucapkan selamat menyambut perayaan agama lain dikatakan tidak boleh dilakukan.

Maka itu, ramailah orang Melayu/Islam tidak lagi mengucapkan Selamat menyambut raya itu dan ini.

Yang peliknya, jika mahu berpegang kepada tuntutan supaya tidak melanggar akidah dan sebagainya, kenapa tidak dilakukan secara menyeluruh? Kenapa dalam banyak hal lain (yang dikatakan sekadar amalan budaya) masih terus menebal dipertahan dan dilakukan?

Keliru? Komersialisme mengorbankan pegangan? Liberalisme? Pluralisme?

No comments: