Tuesday, November 19, 2013

Dakwaan Anwar agen CIA dalam Jabatan Peguam Negara: Memang 'MO' Israel tu...


Menanam syak ke atas sesebuah negara atau institusi yang ingin dikucar-kacirkan sememangnya modus operandi biasa pihak perisikan Israel, seperti Mossad, Aman, Shin Beit dan lain-lain.

Justerus, berpandukan ini,  penegasan kerajaan pada Isnin bahawa tiada ejen daripada Agensi Perisikan Pusat (CIA) bekerja di Jabatan Peguam Negara sesuatu yang amat perlu.

Ketika membuat penegasan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata perkara tersebut sudah dijelaskan oleh Jabatan Peguam Negara.

Bagaimana pun, pihak kerajaan perlu mencari kaedah lain untuk menteluskan keadaan berdasarkan penafian itu.

Cara menjemput sesesuatu pihak sekadar melawat ke pejabat Peguam Negara untuk membuktikan keadaan, tidak mungkin berkesan, kerana sudah menjadi tutur cara perisik untuk menyamar dan melindungi diri.

Pihak yang membuat dakwaan perlu tampil dengan bukti sahih, walaupun daripada pihak pembangkang. Tidak payah menuduh, kerana ini juga negara sendiri.

Apabila ini tidak dilakukan, kita nampak apa di sebalik hati mereka.

Dakwaan ejen CIA bekerja di Jabatan Peguam Negara itu dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) ketika membahaskan rang undang-undang berkenaan sebelum ini.