Friday, October 18, 2013

Sydney Morning Herald dakwa isu Allah simbolik ‘etno-nasionalisme’ Ketuanan Melayu


Akhbar Australia,  Sydney Morning Herald menganggap issue perkataan ‘Allah’ di Malaysia hanya sekadar ‘mempertahankan harga diri’ orang Melayu.
Kolumnis akhbar tersebut, Waleed Ali menganggap keputusan Putrajaya melarang penggunaan perkataan itu sebagai simbolik semangat ‘etno-nasionalisme’, iaitu untuk mempertahankan ketuanan Melayu.
Menurut Waleed, “keseluruhan isu tersebut semakin menjadi sesuatu yang radioaktif dalam politik dan masyarakat di Malaysia.”
Dalam mengecam tindakan kerajaan Malaysia itu, Waleed  mendakwa perkataan Allah wujud sejak sebelum Islam lagi, dan bukan sesuatu yang pelik bagi orang Kristian menggunakan perkataan tersebut, kerana Bahasa Melayu sendiri menggunakan begitu banyak perkataan berasal dari Bahasa Arab.
Waleed berpendapat tindakan menjadikan perkataan Allah sebagai eksklusif untuk orang Islam di Malaysia hanya merintis jalan yang lebih luas untuk UMNO dikuburkan.
Pihak pembangkang yang masih berpegang kepada keputusan asal untuk membebaskan penggunaan perkataan ‘Allah’ daripada kepompompong eksklusif orang Islam, terus melakarkan senario pincang yang mencorakkan perspektif sempit penganalisis dan pemerhati Malaysia di luar negara.
Rata-rata mereka enggan melihat kepada isu sebenar, iaitu larangan akhbar gereja Katolik Malaysia, The Herald menggunakan perkataan tersebut dalam edisi Bahasa Melayunya.

2 comments:

Anonymous said...

berapa kali nak ulangkan...jgn bandingkan konteks luar malaysia dan dalam malaysia...

kita org islam di malaysia..lebih elok buat pencegahan sebelum melarat...kalau tidak jadi seperti ada 1 negara tu..majoriti islam...tp sgt kucar kacir...

-smh-

dol_bendol said...

jika tanya, siapa menjadikan ini semua, tentu akan di jawab Allah

tetapi Allah itu pada lidah Arab, jika lidah Bani Israil bukanlah Allah

TRINITY kristian tu SYIRIK
pada awalnya, Kristian juga mengakui SATU tuhan

TRINITY tu untuk Perang Salib

silakan surah al ikhlas itu menerangkan tentang Allah

masalahnya, Yahudi tak mahu terima Muhammad Abdullah sebagai utusan Allah, Nasrani atau Kristian menuduh Muhammad dan umatnya sebagai sesat

apa sebab bila tuduhan sesat, nak merebut Tuhan golongan tu

sengajalah

Allahu Ahad
Lam yalid walam Yulad

silakan
Lakum dinukum waliyadin