Saturday, August 31, 2013

Beginikah semangat mempertahankan kebenaran dan negara?

Tidak lama dulu diusulkan penubuhan benteng alternatif bagi membantu pertahankan kesahihan kerajaan dan maruah negara melalui inisiatif logikal dan terkini.

Meja bulat, seminar, dan pelbagai forum diadakan, hingga akhirnya membuahkan resolusi dan pelan bagi merealisasikannya.

Minggu demi minggu, bulan demi bulan berlalu, disebabkan karenah birokrasi dan sikap sambil lewa, inisiatif berkenaan masih belum menjadi kenyataan.

Bermacam alasan diberikan - 'tunggu selepas PRU', 'mereka sibuk dengan PRK', 'semua pegawai keluar pejabat', 'masih diuruskan pihak tertentu...'

Macam-macam...beginikah semangat mempertahankan kebenaran dan negara?

No comments: