Monday, August 5, 2013

Agenda hitam Amerika di negara lain terserlah


Amerika mula sedar, mengakui mengeksport demokrasi acuan sendiri ke serata dunia yang mencetuskan pelbagai kekecohan dan kesengsaraan ke atas rakyat negara lain.

Terbaru, bekas speaker House of Representatives, Newt Gingrich yang dianggap'neo-con' tegar, mencadangkan negara itu mengkaji semula tindakan campur tangan tentera Amerika di negara-negara lain.

Beliau memberitahu akhbar Washington Times bahawa Amerika perlu kaji semula keupayaan 'mengeksport demokrasi', dan berusaha untuk mencari 'strategi alternatif'.

"Saya mengaku seorang 'neo-con', tetapi ada masanya neo-con sendiri perlu menarik nafas panjang dan bertanya sama ada strategi Amerika Syarikat di Timur Tengah berjaya.

Sah agenda licik Amerika terserlah sudah...

No comments: