Friday, July 12, 2013

Ubah Persepsi Melayu Kuat Rasuah


Di TV, sebelum azan menandakan masuk Maghrib dan berbuka puasa, disiarkan video kempen anti-rasuah yang memaparkan si anak memuji hidangan di meja. 'CU shot' wajah si ayah menggambarkan sama ada malu atau terkejut bila anak berkata '...kan ayah banyak duit...'

Pada saya, ini satu lagi yang membentukkan persepsi bahawa Melayu berada di tengah-tengah gejala rasuah.

Tanpa menafikan sesuatu yang mungkin dianggap benar, kita harus sedar yang memberi rasuah sebahagian besar bukan Melayu, dan tangan yang memberi (rasuah) dalam konteks ini,diketepikan, walaupun hakikatnya, tanpa pemberian tidak mungkin berlaku penerimaan.

Oleh itu, pihak yang menganjurkan video untuk kempen tersebut perlu berfikir secara lebih kreatif. Antaranya, menonjolkan adegan si anak (tidak semestinya Melayu), berkata mengikut susunan skrip yang sama, tetapi si ayah dengan senyum gembira berkata, "...kan ayah pandai 'kaw tim' dengan orang tu, sebab tu banyak duit."

No comments: