Saturday, July 20, 2013

BEZA ISU ZULKIFLI NORDIN DAN ALVIVI



Isu Zulkifli Nordin menghina agama lain berlaku dalam surau sewaktu beliau masih aktivis dalam parti PAS, kerana dikatakan terbawa-bawa oleh perjuangan parti itu, justeru memesongkan beliau daripada landasan yang betul.

Ia berlaku dalam SURAU. Ini bermakna hanya untuk orang Islam yang hadir.

Jika hendak dipertikaikan apa yang diluahkannya, tanpa mengambilkira permohonan maaf walaupun ceramah tertutup, mungkin banyak yang boleh dibahaskan.

Realiti: Di tempat-tempat agama lain juga berlaku kenyataan dan pandangan seperti mana diluahkan oleh Zulkifli. Tiada agama yang akan mengatakan agama lain itu betul. Oleh itu dalam usaha mengukuhkan keyakinan penganut dan pengikut, maka deskripsi dan pandangan yang kurang enak didengar oleh pengikut agama yang dimaksudkan akan berlaku.

Kalau tak percaya, cuba siasat apa yang disampaikan pada ceramah-ceramah oleh sesetengah mubaligh Kristian di gereja-gereja tertentu.

Sewaktu saya di tingkatan enam di sebuah sekolah swasta di Petaling Jaya dulu, saya pernah terdengar mubaligh Kristian yang diundang memberi ceramah untuk sesi 'Christian Fellowship' meneriakkan (dalam majlis tertutup) kononnya Islam itu berpandukan ajaran iblis.

Saya dapat mendengar kerana majlis "Christian Fellowship" itu dipisahkan dari kelas kosong di mana saya membuat ulang kaji pada petang itu. Dindingnya jenis papan yang boleh ditolak ke tepi jika perlu diperluaskan ruang.

Saya mengadu kepada pengetua yang juga beragama Kristian, tetapi perkara itu lenyap begitu saja tanpa tindakan.

Rasionalnya dalam insiden itu, saya sepatutnya tidak melakukan apa-apa, memandangkan ia satu majlis tertutup, khas untuk penganut/pengikut agama Kristian.

Bagaimana pun, dalam isu Alvivi pula, apa yang dlakukan jelas ditujukan kepada orang Islam yang sedang menjalani ibadah puasa pada Ramadan di Malaysia - sebuah negara Islam, di mana agama rasminya juga Islam.

No comments: