Sunday, June 30, 2013

Indelible ink...

It was said that the main reason the ink was not stained/indelible was because of the silver nitrate content imposed by Director of Health, which must be less than 1% ( safety level for human kidney.)

On colour, words have it that the manufacturer of the ink claimed the food colour could be substituted for the colour of the ink, which can cause cancer…it was also imposed by the DOH.


Can it be that the minister misunderstood the two conditions (silver nitrate & colour) after briefing by the EC?

Thursday, June 20, 2013

Rosmah wanita paling berkuasa di Malaysia...



Apa di sebalik penyataan ini dalam The Star kelmarin?

Kadir Jasin dalam blognya, The Scribe,  mengupas apa yang dilihat sebagai sesuatu yang tersirat.

Terdahulu, Lenggong Valley dalam Facebooknya menulis, "...biar betul..."



Sunday, June 16, 2013

Strategi menggugat negara yang terancang...


Tegar: mereka berkeras akan mengadakan tunjuk perasaan Black 505 di Padang Merbok, KL pada 22 Jun, tapi kenapa didahului dengan protes berhampiran Sogo kelmarin?

Ha, di sini nampak sangat pelan dan strategi yang diatur rapi mengikut urutan yang ditetapkan pemimpin mereka bagi sentiasa menggugat keadaan.

Mereka sedar sebahagian besar rakyat sudah jemu dengan ini semua, justeru mereka perlu sentiasa berusaha menarik tpperhatian dan panaskan keadaan.

Peluru paling berkesan dengan menggunakan anak-anak Melayu, kerana majoriti pengunjung di kawasan tersebut orang Melayu.

Ini merupakan sekuen berjadual yang dilakukan seperti mana agensi pengiklanan melancarkan kempen iklan pelancaran sesuatu produk...siap didahului dengan 'teaser' seperti yang berlaku kelmarin.

Budak-budak Melayu itu sedar mereka akan ditangkap. Itu yang mereka mahukan, supaya kamera merakamkan keadaan dan media sosial sentiasa memberikan mereka publisiti murahan percuma.

Dibelakang sana para peguam 'Lawyers for Liberty' (liberty to to cause anarchy?) pula sudah siap untuk turun ke balai polis Dang Wangi untuk mewakili mereka yang ditahan.

Mengikut prosedur dan SOP, 99% kemungkinan mereka akan dibebaskan selepas beberapa jam, sama ada dengan jaminan atau tidak, namun wayang perlu diteruskan mengikut skrip untuk impak maksimum.


Sementara itu, puak-puak lain pula bersiap untuk berhimpun di depan balai untuk kononnya menunjukkan semangat setiakawan mereka, sementara ada pula yang yang bersiap dengan stok lilin untuk 'candlelight' vigil disebelah malam - sebaik-baiknya bersama anak-anak Melayu yang lengkap bertudung, bagi tujuan menggambarkan betapa orang Melayu menyokong tindakan sedemikian...