Thursday, May 16, 2013

Pelantikan Waythamoorthy langkah mulia dan positif


Pelantikkan bekas pemimpin HINDRAF P. Waythamoorthy yang pernah lantang mengecam BN/UMNO sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri  langkah berhemah dan positif Datuk Seri Najib Razak .

Kita tidak akan lupa bila dia mengadu kepada Britain tentang dilema masyarakat India di Malaysia yang menjadi sedemikian kerana antara lain tindakan penjajah British membawa mereka ke sini untuk dijadikan buruh di estet, dan seterusnya 'dipinggirkan' dalam sistem Malaysia.

Kini dia sudah nampak apa yang sebenarnya berlaku.

Justeru, barisan kabinet baru Najib ini, walaupun tidak sempurna, nyata hebat, dan praktikal.

Ia mencerminkan betapa mulia hati pucuk kepimpinan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.

No comments: