Tuesday, May 7, 2013

Benar kata Anwar berlaku penipuan dalam PRU Ke-13



Kita amat bersetuju dengan dengan inti pati wawancara bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa terdapat banyak penipuan pada PRU Ke-13 yang baru lalu.

Penipuan tersebut menyebabkan tertewasnya calon-calon Barisan Nasional (BN), termasuk Dr Puad Zarkashi, Dato' Ir. Mohd Zin Mohamed, Abdul Ghani Othman, dan Ali Rustam   ekoran kehadiran pengundi Cina yang didatangkan dari Singapura dan seterusnya mengundi menggunakan kad pengenalan mereka yang sudah meninggal dunia, tetapi tidak didaftarkan kematian.

Jadi, apa yang disuarakan oleh Anwar itu memang ada kebenarannya – sememangnya wujud penipuan, tetapi bukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), sebaliknya oleh pihak PKR dan DAP sendiri.

Renungkan betapa mereka mengharamkan penipuan yang tidak terbukti dilakukan BN, tetapi menghalalkan penipuan untuk keuntungan persekongkolan Pakatan Rakyat.

‘Track Rekod’ untuk menipu sememangnya terserlah seperti mana digambarkan sewaktu pemilihan CEC DAP dahulu.

No comments: