Friday, April 19, 2013

China Press ramalkan kepahitan untuk BN



Setelah baca akhbar China Press dalam wawancara temuramah pakar penganalisa politik En. Foo Yee Shan
(terjemah Mandarin), kami sangat setuju pandangan Foo Yee Shan, iaitu apabila PRU semakin hampir, jika parti pemerintah dan parti pembangkang mahu rebut kuasa pemerintahan kerajaan pusat, apa yang lebih penting ialah cuba rebut dan dapatkan sokongan parti dari kawasan negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali peranan negeri Sabah, pada bila-bila masa sahaja mereka akan lebih unggul untuk menentukan kuasa di pusat, kawasan ini BN terpaksa lebih berjaga-jaga untuk atasinya!
Apa yang En. Foo Yee Shan katakan itu memang benar, masalah di Sabah bukan kerana tibanya waktu PRU kita boleh peroleh kemenangan, apabila keputusan undi keluar pada hari pada malam itu, ataupun sehingga ke tengah larut malam, kena lihat calon-calon yang menang itu berikan sokongan kepada siapa, barulah dapat tentukan siapa menang dan siapa yang kalah. Mengikut tradisi pilihan raya di negeri Sabah, ia boleh dibuktikan dengan kebenaran itu, kerana di Sabah ada banyak parti yang ambil bahagian dalam pilihan raya, mereka tiada sebarang konsep politik, apa yang mereka pentingkah ialah, apa kepentingan yang akan mereka perolehi selepas mereka menang.
Jika kita faham keadaan ini, kita akan lebih faham keadaan politik di negeri Sabah, sebenarnya fenomena politik di negeri Sabah bagi BN kesannya lebih besar daripada Pakatan Rakyat. Jika PRU kali ini, kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan BN seimbang, parti-parti di negeri Sabah yang akan memainkan peranan menjadi tuan untuk penentuan itu, mereka akan menentukan tuju hala politik keseluruhannya, dimana Pakatan Rakyat selama ini belum pernah mentadbir kerajaan pusat, pasti Pakatan Rakyat akan beri sumber-sumber seperti (beri Pangkat dan beri habuan hasil cukai), akan lebih lumayan daripada apa yang kerajaan BN berikan selama ini kepada mereka, dan kebanyakan parti-parti itu terasa mereka dikawal dan disekat oleh BN.
Selain dari itu, pada asalnya memang parti-parti di negeri Sabah tidak suka kepada BN (sebelum ini ada calon BN yang keluar dari BN), ditambah pula dengan parti-parti di Semenanjung yang berhijrah ke Sabah, ia telah menjejaskan kepentingan parti-parti yang sedia ada di Sabah, terutama sekali apabila UMNO telah monopoli jawatan ketua menteri Sabah. Semua ini telah pun berlaku, mungkin akan berlaku mereka menentang BN apabila sekarang ini BN dalam keadaan saat-saat tenat, parti-parti itu akan memihak kepada Pakatan Rakyat.
Jika BN mahu kekalkan kuasa di kerajaan pusat, perlu kekalkan kesetiaan parti-parti yang ada di negeri Sabah supaya tidak berbelah bagi dan angkat kaki. Yang boleh beri jaminan kepada BN ialah, cuma mengharapkan pada PRU kali ini BN peroleh kemenangan besar, barulah parti-parti di Sabah tidak akan berpaling tadah. Dengan itu, BN perlu pastikan yang BN akan peroleh kemenangan besar, sebenarnya bagi BN ia satu cabaran yang amat getir dan pahit.
Terjemahan:
Hassan Tiong Abdullah

No comments: