Monday, April 29, 2013

‘Potemkin Paradise’ Guan Eng kabur mata rakyat





Nota: ‘Frasa Potemkin Paradise’ diguna bagi mengaburkan mata terhadap sesuatu keadaan’

Salah satu contoh yang paling menakjubkan mengenai kuasa propaganda dipaparkan dalam dokumentari National Geographic  "Explorer: Inside North Korea". Dokumentari tersebut  menceritakan pengembaraan seorang doktor mata warga Nepal yang melakukan pembedahan katarak di Korea Utara bagi penduduk yang buta sejak lahir kerana kemiskinan tegar diakibatkan oleh dasar-dasar kerajaan totalitarian negara itu.

Apabila pembalut mata dibuka dan mereka dapat melihat buat kali pertama, apa yang diucapkan bukan terima kasih kepada doktor mata yang melakukan pembedahan ke atas mata mereka, tetapi sebaliknya mereka melutut dan melimpahkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ‘Pemimpin Agung’ Presiden Kim Jong Ill. Insiden tersebut menunjukkan  betapa walaupun perubatan moden mampu mengubati mata seseorang, namun ia tidak mampu mengubati ‘buta’ yang disebabkan penggunaan propaganda licik terhadap rakyat.

Sebenarnya adalah satu kesilapan jika menganggap bahawa propaganda mendalam hanya wujud dalam pemerintahan sistem diktator. Penulis dan ahli falsafah Amerika berketurunan Yahudi Noam Chomsky mendapati bahawa "Propaganda adalah alat yang digunakan dalam demokrasi , seperti mana belantan digunakan dalam sistem kuku besi sesebuah sistem totalitarian".

Di Malaysia, rakyat 24 jam dihujani asakan propaganda. Bagaimana pun, ia bukan propaganda yang dijanakan oleh agensi kerajaan seperti Biro Tata Negara (BTN) atau media arus perdana seperti yang disangka ramai, tetapi sebaliknya dilakukan oleh puak pembangkang yang mahir dalam selok-belok perhubungan awam dengan menggunakan media sosial dan laman sesawang berita dalam talian alternatif.

Dalam konteks ini, salah satu pembohongan oleh Pakatan yang ‘digubah begitu rapi dan mantap sejak lima tahun kebelakangan ini berupa mitos kononnya kerajaan negeri yang dipimpin DAP telah menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri contoh di mana di puncak segala-galanya terdapat sebuah sistem kerajaan yang serba baik, sementara kemiskinan dan rasuah telah dihapuskan sama sekali. Ketua Menteri Lim Guan Eng sentiasa diagungkan dengan jenama sebagai seorang pemimpin ‘superman’ dan seorang negarawan bertaraf global.

Sebenarnya, segala pujian menggunung terhadap Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat hanyalah sebuah fatamorgana semata-mata, sementara imej ‘superman’ Ketua Menteri pula hanya dongengan , seperti mana analisis berikutnya akan menjelaskan.

Seperti episod zaman monarki Rusia di mana Menteri Grigory Potemkin yang telah mewujudkan sebuah penempatan palsu bagi tujuan mengaburkan mata Ratu Catherine II, seperti itu juga imej Pulau Pinang sebagai sebuah negeri serba gemilang merupakan sebuah landskap kesempurnaan yang sengaja dibentuk oleh kepimpinan DAP dengan sokongan pasukan-pasukan tentera sibernya.

1 Pembasmian Kemiskinan:
Pendusta besar dan jurujual yang paling berjaya sedar bahawa cara pembohongan paling berkesan ialah dengan mengadunkan fakta-fakta separa benar dan palsu. Justeru, tindakan mendabik dada paling hebat pernah dijajakan oleh DAP berlaku pada 2008 apabila mereka mendakwa dengan ‘ajaibnya’ berjaya menghapuskan kemiskinan di Pulau Pinang. Hakikatnya, apa yang mereka berjaya lakukan ialah dengan menggunakan pembohongan dan kepintaran bagi menyembunyikan hal sebenar dari para pemerhati (ketika mereka mengambil alih kuasa kerajaan negeri), bahawa kadar kemiskinan tegar di negeri Pulau Pinang pada waktu itu hanya sekitar 0.1 peratus, dan bahawa Pulau Pinang telah pun menjadi negeri kedua paling kaya di negara ini.

2 Tender Terbuka
Guan Eng tidak pernah tidak menunjukkan kebanggaan mengenai dasar ‘Tawaran Terbuka’ apabila berucap di setiap ceramah, perdebatan, forum, wawancara atau melalui kolum akhbar. Beliau pasti akan menyentuh tentang keunggulan pengurusan DAP berbanding BN. Beliau akan sentiasa melimpahkan pelbagai pujian berhubung dasar tersebut yang ditonjolkan sebagai kejayaan membasmi rasuah dan kronisme di Pulau Pinang, dan menjimatkan jutaan ringgit wang rakyat. Tetapi, malangnya terdapat perbezaan besar yang begitu ketara di antara dongengan ini dan realiti di luar sana.

Yang nyata, dasar ‘Tawaran Terbuka’ kini dikecam, dilondehkan selain terbelenggu dalam kancah pelbagai kontroversi tidak berkesudahan. Ia dilihat sebagai liabiliti paling besar di mata rakyat Pulau Pinang. Yang terbuka dalam dasar ‘Tawaran Terbuka’ itu hanyalah betapa terbukanya  Lim dan sekutunya menganugerahkan projek-projek bernilai berbilion ringgit kepada para kontraktor dan pemaju yang pro-mereka dan menguntungkan mereka.

Tiada siapa yang pasti bagaimana sistem ini berfungsi, tetapi ia telah menghasilkan pelbagai kontrak berkontroversi dan sangat mencurigakan. Sebagai contoh, kontrak Bayan Mutiara, Pusat Pameran eSpice, dan paling baru projek mega Terowong-Lebuhraya – semuanya mencetuskan begitu banyak persoalan, kemarahan, dan bantahan di negeri itu, walaupun Ketua Menteri mendakwa menganugerahkan  setiap kontrak  melalui sistem ‘Tawaran Terbuka’.

Walaupun didesak oleh rakyat, parti-parti politik dan NGO, Ketua Menteri masih berdegil enggan mendedahkan butiran mengenai cara kontrak-kontrak berkenaan diberikan. Apa yang nyata, setiap kontrak itu jelas memperkayakan syarikat-syarikat swasta yang berpeluang meraih keuntungan berbilion dengan mengorbankan nasib rakyat dan kepentingan jangka panjang negara.

3 Pengurangan Hutang

Satu lagi dakwaan Guan Eng berupa dakwaan ajaib kononnya berjaya mengurangkan hutang negeri sebanyak 95% daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir 2011. Walau bagaimanapun, dakwaan sedemikian tidak mampu bertahan lama, kerana akhirnya didedahkan juga sebagai palsu semata-mata. Sebenarnya kadar hutang bukannya berjaya dikurangkan ihsan usaha Guan Eng atau pun pentadbirannya, tetapi sebaliknya disebabkan pembayaran sebanyak RM655 juta oleh Kerajaan Persekutuan kepada pihak negeri sebagai bayaran pampasan ke atas pengambilalihan aset-aset air di Pulau Pinang. Tetapi, walaupun telah dilondehkan, Guan Eng masih berusaha menyembunyikan kebenaran selain berkeras meneruskan dakwaan di litar ceramah beliau di hadapan penyokong Pakatan yang taksub.

4 Anti rasuah

Pulau Pinang digambarkan sebagai contoh gemilang sebuah kerajaan negeri yang bebas daripada rasuah di bawah pemerintahan sebuah pentadbiran yang tidak akan bertolak ansur dalam soal rasuah dan kronisme. Ketua Menteri Guan Eng memaparkan dirinya sebagai seorang pejuang anti-rasuah yang gigih. Walau bagaimanapun, sama dengan dakwaan lain, realitinya adalah jauh berbeza. Apa yang pemimpin-pemimpin DAP begitu licik menyembunyikan dari mata rakyat ketika berhujah di ceramah-ceramah ialah bahawa Timbalan Ketua Menteri I (KM1) Mohammad Fairus Khairuddin dipaksa meletakkan jawatan pada 2009 apabila pihak SPRM memulakan siasatan ke atas beliau berhubung dakwaan rasuah.

Baru-baru ini seorang pembantu Timbalan Ketua Menteri I ditangkap dan dihadapkan dengan pertuduhan cuba menawarkan rasuah kepada seorang pengadu bagi tujuan menutup satu kes gangguan seksual. Satu lagi kejutan berlaku apabila Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahya ditangkap SPRM,dan kemudian disusuli dengan tangkapan ke atas seorang lagi pegawai kanan negeri.

5 Pengisytiharan Aset

Begitu banyak propaganda dan publisiti dijanakan berhubung tindakan pengisytiharan aset oleh Guan Eng dan ahli-ahli Exconya. Bagaimanapun, langkah ini sekali lagi dikritik dan dicemuh kerana tidak menunjukkan sebarang keikhlasan. Pertama, kerajaan negeri mengambil masa hampir empat tahun untuk membuat deklarasi aset. Jika Lim Guan Eng dan pentadbiran beliau benar-benar ikhlas mereka sepatutnya melakukan ini dalam beberapa minggu selepas mengambil alih tampuk kerajaan negeri pada 2008.

Kedua, cara tergesa-gesa dan mendadak pengisytiharan itu dibuat seolah-olah menunjukkan ia dilakukan bagi memenuhi agenda politik, memandangkan PRU ke-13 akan berlangsung.

Ketiga, pengisytiharan tersebut tidak merangkumi isteri, suami dan ahli keluarga mereka yang terbabit. Umum diketahui bahawa ahli-ahli politik yang korup dapat membolosi diri daripada dikesan dengan cara memindahkan segala aset kepada suami, isteri atau ahli keluarga mereka.

Akhirnya, mereka mendakwa proses pengisytiharan telah disahkan oleh sebuah syarikat pengauditan terkemuka. Walau bagaimanapun, versi dalam talian pengisytiharan aset itu tidak mempunyai sebarang petunjuk bahawa pengesahan telah dilakukan.

6 Pengurusan Kewangan

Satu lagi ‘pencapaian’ yang sering kali disebut dan diwar-warkan ialah berhubung keupayaan berjimat dan kepakaran luar biasa kerajaan negeri menguruskan kewangan. Berikutan itu,  Guan Eng berani mendakwa bahawa Ketua Audit Negara telah memuji Pulau Pinang sebagai negeri yang mempunyai pengurusan kewangan terbaik di Malaysia. Tetapi, satu masalah tersirat pada kenyataan megah itu – bahawa sebenarnya Ketua Audit Negara tidak pernah menyatakan demikian, ataupun menyebut bahawa Pulau Pinang merupakan negeri yang terbaik pengurusan kewangannya.

Hakikatnya, kerajaan DAP begitu mudah menyembunyikan beberapa butiran penting yang sebenarnya didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011. Paling mengejutkan bila mendapati perbelanjaan kerajaan negeri telah membesar hingga 84 peratus sejak lima tahun lalu. Pembaziran dana awam yang begitu besar dan tidak terkawal sebegitu, langsung tidak menunjukkan sebuah kerajaan yang cermat atau yang bertanggungjawab. Dengan prestasi negatif sedemikian, kadar perbelanjaan negeri lambat laun akan melebihi kadar keuntungan. Adalah dijangka pada kadar perbelanjaan yang tinggi seperti yang berlaku sekarang, Pulau Pinang boleh jatuh bankrap dalam masa empat tahun.

Satu lagi pendedahan besar yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara berupa sumber-sumber pendapatan negeri. Guan Eng telah sejak sekian lama mendabik dada mewar-warkan betapa Pulau Pinang telah berjaya menambahkan pendapatan dengan begitu pantas. Bagaimana pun, malang bagi beliau kerana Laporan Ketua Audit Negara telah sekali lagi melondehkan fakta sebenar. Laporan berkenaan mendedahkan bahawa sebahagian besar pendapatan kerajaan negeri diperoleh daripada penjualan tanah dan cukai. Ini bermakna dengan cara menjual tanah milik negeri, menaikkan kos pembangunan dan lain-lain yuran berhubung tanah, kerajaan negeri telah berupaya menambah jumlah kutipan. Ia sebenarnya  bukan merupakan hasil dividen daripada “langkah-langkah membasmi rasuah” seperti yang sering dilaungkan.

Dan masih satu lagi “pencapaian” bangga Guan Eng kononnya berhubung belanjawan lebihan negeri bagi tempoh tiga tahun lepas. Daripada semua dongengan Ketua Menteri Pulau Pinang yang disebut-sebutkan, yang ini satu-satunya mempunyai kesahihan – itu pun kesahihan luaran semata-mata. Hakikatnya, lebihan bajet tidak dengan sendirinya disamakan dengan kemahiran pengurusan kewangan,  tetapi sebaliknya sering menunjukkan kelicikan dalam perakaunan. Cara yang digunakan oleh Guan Eng begitu mudah dikesan, kerana ia sering berlaku dalam kes-kes kewangan dunia perniagaan bagi menipu pelabur. Apa yang beliau lakukan setiap ialah dengan membentangkan bajet defisit yang besar - sebagai contoh untuk tahun 2013 dia merancang untuk defisit bajet RM213 juta, tetapi kemudian dia membelanjakan kurang daripada bajet yang sengaja dibesarkan, dan seterusnya mendakwa telah berjaya mencapai lebihan pada akhir tahun. Licik sungguh!

7 Kedudukan Pelaburan

Guan Eng begitu cepat mengucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana fakta sendiri bikin, kononnya Pulau Pinang berada di tangga nombor 1 di Malaysia bagi tahun-tahun 2009 dan 2010 dalam usaha menarik pelaburan.  Persoalan sebenar siapa yang betul-betul bertanggung jawab ke atas pencapaian ini. Jawapannya, seperti diketahui umum pemerolehan kerajaan negeri  sepenuhnya disebabkan usaha kerajaan pusat dan MIDA, termasuk Koh Tsu Koon, sebagai Ketua Menteri sebelum Guan Eng.  Juga diketahui umum bahawa pentadbiran Lim telah gagal menarik walaupun satu pelaburan besar ke negeri itu sepanjang lima tahun pemerintahan.  Oleh yang demikian, tidak hairanlah kita menyaksikan Pulau Pinang jatuh ke posisi nombor 6 dalam ‘ranking’ pelaburan 2012, dan berkemungkinan  akan menjunam lebih jauh tahun ini. Apa tidaknya? Kejatuhan jumlah pelaburan yang diterima amat mengejutkan, iaitu setinggi 73 peratus!

8 Tadbir Urus yang Baik

Salah satu tema utama Pakatan dan DAP adalah hak demokratik. Memenangi Pulau Pinang telah memberikan kepada DAP peluang untuk memperkenalkan pelbagai amalan serta dasar demokratik dalam pentadbiran negeri. Tetapi, daripada mencontohi amalan-amalan terbaik dari negara-negara demokratik lain, Guan Eng sebaliknya mentadbir Pulau Pinang bagaikan  seorang pemerintah kuku besi, dengan cara menguasai setiap aspek pentadbiran kerajaan.  Para Timbalan Ketua Menteri dan para anggota exco hanya diletakkan sebagai boneka bagi menurunkan cop getah untuk ketua Menteri.  Guan Eng telah menanam satu macam kultus berteraskan personalitinya untuk memaksa diluluskan segala keputusan beliau melalui ahli dewan negeri dan exco yang dipaksa akur kepadanya.

9 Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (CAT)

Mantera Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (CAT) Guan Eng dijadikan jenama beliau sejak mula memegang jawatan Ketua Menteri. Walaupun dia tanpa henti mempromosikan slogan CAT ini, ia masih kekal sebagai gimik pemasaran semata-mata dan retorik politik, dan bukannya amalan yang dipraktikkan. Kita melihat banyak kesilapan kerajaan pimpinan beliau yang benar-benar menunjukkan bahawa dakwaan beliau cekap  hanyalah dongengan belaka. Mereka yang tajam menghalusi keadaan akan nampak kegemaran Guan Eng kemudian menyalahkan BN, UMNO dan Kerajaan Persekutuan.

Tidak pernah berlaku kes di mana Guan Eng mengaku kesilapannya, jauh lagi untuk meminta maaf. Apa tidaknya? Malahan dalam isu ketelusan sendiri juga beliau gagal menyahihkan apa yang dilaungkan. itu. Walaupun beliau pernah berjanji untuk mempamerkan kepada awam rekod kerajaan pimpinannya, apa yang berlaku sehingga kini hanya pendedahan sebahagian kecil minit mesyuarat, dan itu pun rekod kerajaan sebelumnya.  Beliau telah beberapa kali enggan mendedahkan minit-minit mesyuarat exco kerajaan pimpinan sendiri, atau pun kandungan segala kontrak berserta butiran. Oleh itu, CAT yang digunakan beliau sebagai topeng hanya sekadar slogan pemasaran politik yang begitu mudah dipercayai mereka yang taksub.

10 pilihan raya majlis tempatan

Walaupun beliau berjanji untuk mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan dalam manifesto PRU 2008, pentadbiran DAP masih gagal untuk menunaikan janji tersebut. Ini mereka menghindari menggunakan modus operandi yang selalu diguna pakai – dengan memberikan pelbagai alasan dan menyalahkan pihak lain. Pertama, mereka membentuk satu Kumpulan Kerja (Working Group) untuk mengkaji kemungkinan mengadakan pilihan raya berkenaan. Sebab apa kerajaan negeri perlu menjalankan kajian ini menjadi teka-teki sejak begitu lama, memandangkan pihak DAP sejak bertahun lamanya mendakwa bahawa undang-undang membenarkan pilihan raya majlis tempatan diadakan, malahan ia juga dimasukkan ke dalam manifesto pilihan raya mereka. Tidak mengejutkan apabila kemudian pihak Kumpulan Kerja menyatakan bahawa undang-undang tidak membenarkan diadakan pilihan raya sedemikian, dan mereka seterusnya dengan bodohnya mencadangkan kerajaan negeri meluluskan usul supaya dewan negeri mendesak Kerajaan Persekutuan menggubal undang-undang membenarkannya.

Dalam satu lagi tindakan lawak, Guan Eng menulis surat kepada SPR meminta dijalankan pilihan raya tersebut. Tidak terkejut juga bila SPR menjawab mereka tidak dapat berbuat demikian secara sah di bawah undang-undang yang sedia ada, tetapi jika mahukan juga, mereka boleh meneruskannya sendiri. Bagaimana pun, untuk mengelirukan rakyat dan mengelak daripada mengadakan pilihan raya itu, Guan Eng terpaksa memberikan alasan demi alasan, dan apabila kehabisan alasan beliau terpaksa juga meluluskan undang-undang menerusi dewan negeri, walhal beliau sedar ia bertentangan dengan undang-undang dan juga tidak masuk akal.

Beberapa minggu lalu, apabila jelas bahawa PRU akan diadakan tidak lama lagi, beliau secara mendadak memfailkan petisyen di Mahkamah Persekutuan bagi membolehkan pihak negeri berhak mengadakan pilihan raya majlis tempatan. Tetapi, apa yang pasti, Guan Eng tidak langsung berniat untuk mewujudkan kuasa Undi Ketiga ini. Jika dia benar-benar serius dia boleh melakukannya sejak dulu lagi. Juga amat mengejutkan terdapat begitu banyak pelantikan politik dalam  MPPP dan MPSP (majlis tempatan Pulau Pinang) kini di bawah pentadbiran Guan Eng berbanding semasa kerajaan sebelumnya. Yang nyata,  Guan Eng menganggap MPPP dan MPSP sebagai kerajaan peribadi – sebagai kesinambungan kepada pentadbirannya. Ini dapat dilihat pada beberapa episod yang lalu. Oleh yang demikian, majlis tempatan yang dilantik secara bebas tidak akan memanfaatkan dirinya atau pun permainan politiknya.

Pasti ramai rakyat Pulau Pinang akan bersetuju dengan analisis personaliti ini – seolah-olah menggambarkan gaya kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, yang kononnya ringkas dan tepat. "Kaedah-kaedah utama beliau adalah: jangan biarkan orang ramai berasa tenang dan sejuk hati; jangan mengaku kesilapan atau kesalahan; jangan mengaku ada kebaikan di pihak lawan; jangan diwujudkan ruang untuk pilihan alternatif; jangan mengaku sebarang kesalahan; tumpukan perhatian kepada satu musuh pada tiap satu masa dan menyalahkan mereka untuk segala-galanya yang berlaku.

Orang akan lebih mudah percaya pembohongan besar daripada pembohongan kecil, dan jika diulang beberapa kali, lambat laun ia akan menjadi sebati dengan diri mereka dan tidak akan menerima bahawa apa yang dipegang sejak sekian lama adalah pembohongan semata-mata.

- Diterjemahkan dari tulisan Calvin Sankaran 

Saturday, April 27, 2013

Pengundi Cina perlu fikir sekali lagi jika menyangka Anwar menguntungkan mereka



KUALA LUMPUR, 27 April – Pengundi Cina perlu menilai ketidakupayaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menguruskan ekonomi negara, dengan mengambil iktibar kelemahan beliau menangani krisis ekonomi Malaysia pada 1997, sewaktu memagang jawatan Menteri Kewangan.

Mereka bakal melakukan kesilapan besar jika menganggap Anwar tokoh yang bakal menyelamat dan memberi seluas peluang kepada mereka.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, agenda pertama Anwar jika menjadi Perdana Menteri ialah mengubah dasar luar terhadap negara China sebagai antara syarat akur kepada kemahuan Amerika Syarikat (AS).

Dakwanya, Anwar yang cukup dikenali dunia sebagai ‘anak emas’ Amerika Syarikat dan pelobi Yahudi akan memastikan hasrat negara China untuk muncul sebagai kuasa ekonomi dunia terhalang dengan membenarkan Amerika menguasai Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Beliau mengingatkan mereka  sebagai kaum peniaga, supaya sedar apa yang berlaku kepada ekonomi negara pada 1997. Rekod Anwar pada ketika itu perlu dinilai... apakah beliau berkemampuan atau sekadar bertindak mengikut telunjuk Tabung Kewangan Dunia (IMF) sehingga rakyat menderita?

“Jika pengundi Cina fikir Anwar akan memberikan segala-gala kepada mereka, itu kesilapan paling besar. Anwar merupakan alat kepada AS, dan jika dia terpilih menjadi Perdana Menteri, hasrat pengundi Cina mahu melihat hubungan mesra Malaysia-China kekal akan berakhir,” katanya.

Dr Chandra melahirkan pandangan tersebut ketika memberikan hujah selaku ahli panel pada Forum Nasional Pakatan Tak Sepakat – Apa Kata Mereka anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di sini Bukit Kiara, petang Jumaat.

Monday, April 22, 2013

DAP should clean up before accusing others, says Jenice Lee



Former Teratai state assemblyman, Jenice Lee cited the arrogance and cronyism practised by a handful of top DAP leaders as the reason she was dropped as candidate for 13th General Election.

She said favouritism practiced by some leaders in the party was not in line with the slogan of transparency that the party often shouted about.

"A top party leader had attacked me, hurling accusations that were unfounded, while the others would just follow his line in not wanting to nominate me.

"Is this fair? Is this what their version of transparency and being democratic is all about? How could one person accuse me without showing proof, and the others just agree and go on to substitute me for a ‘parachute candidate just so that my political career is destroyed?” she asked.

Besides Jenice, DAP had also dropped several other popular candidates, including  M. Manoharan, who held the Kota Alam Shah state seat, Ronnie Liu formerly of Pandamaran , and Dr Cheah Wen Yin who held the Damansara Utama state seat

The same fate had also befallen others, including former Seremban parliamentary incumbent John Fernandez, Mengkibol state seat holder Ng Lam Hua and Kota Melaka’s parliamentary seat, Sim Tong Hin.

Janice said the DAP should not criticize the Registrar of Societies (ROS), which it claimed had penalised the party unfairly over the Central Working Committee (CEC) fiasco, when they had the audacity to do this to her without action being taken

"Clean up and correct the system before accusing others of imaginary wrongdoing…in my case, I have been unfairly sentenced, but no one cares, whereas when the ROS acted on them they cried injustice…that’s just hypocritical, “she lamented.

Janice said she would never bend under pressure from party strongman and DAP adviser Lim Kit Siang and DAP chairman Karpal Singh, who had insisted that she immediately withdrew as an independent against the DAP candidate.

“Why should I pull out? The people of Teratai needs me…I will never ever turn my back on them, what more when the anointed DAP candidate is the favourite of certain leaders and not the choice of the rakyat,” she said.

Friday, April 19, 2013

China Press ramalkan kepahitan untuk BN



Setelah baca akhbar China Press dalam wawancara temuramah pakar penganalisa politik En. Foo Yee Shan
(terjemah Mandarin), kami sangat setuju pandangan Foo Yee Shan, iaitu apabila PRU semakin hampir, jika parti pemerintah dan parti pembangkang mahu rebut kuasa pemerintahan kerajaan pusat, apa yang lebih penting ialah cuba rebut dan dapatkan sokongan parti dari kawasan negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali peranan negeri Sabah, pada bila-bila masa sahaja mereka akan lebih unggul untuk menentukan kuasa di pusat, kawasan ini BN terpaksa lebih berjaga-jaga untuk atasinya!
Apa yang En. Foo Yee Shan katakan itu memang benar, masalah di Sabah bukan kerana tibanya waktu PRU kita boleh peroleh kemenangan, apabila keputusan undi keluar pada hari pada malam itu, ataupun sehingga ke tengah larut malam, kena lihat calon-calon yang menang itu berikan sokongan kepada siapa, barulah dapat tentukan siapa menang dan siapa yang kalah. Mengikut tradisi pilihan raya di negeri Sabah, ia boleh dibuktikan dengan kebenaran itu, kerana di Sabah ada banyak parti yang ambil bahagian dalam pilihan raya, mereka tiada sebarang konsep politik, apa yang mereka pentingkah ialah, apa kepentingan yang akan mereka perolehi selepas mereka menang.
Jika kita faham keadaan ini, kita akan lebih faham keadaan politik di negeri Sabah, sebenarnya fenomena politik di negeri Sabah bagi BN kesannya lebih besar daripada Pakatan Rakyat. Jika PRU kali ini, kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan BN seimbang, parti-parti di negeri Sabah yang akan memainkan peranan menjadi tuan untuk penentuan itu, mereka akan menentukan tuju hala politik keseluruhannya, dimana Pakatan Rakyat selama ini belum pernah mentadbir kerajaan pusat, pasti Pakatan Rakyat akan beri sumber-sumber seperti (beri Pangkat dan beri habuan hasil cukai), akan lebih lumayan daripada apa yang kerajaan BN berikan selama ini kepada mereka, dan kebanyakan parti-parti itu terasa mereka dikawal dan disekat oleh BN.
Selain dari itu, pada asalnya memang parti-parti di negeri Sabah tidak suka kepada BN (sebelum ini ada calon BN yang keluar dari BN), ditambah pula dengan parti-parti di Semenanjung yang berhijrah ke Sabah, ia telah menjejaskan kepentingan parti-parti yang sedia ada di Sabah, terutama sekali apabila UMNO telah monopoli jawatan ketua menteri Sabah. Semua ini telah pun berlaku, mungkin akan berlaku mereka menentang BN apabila sekarang ini BN dalam keadaan saat-saat tenat, parti-parti itu akan memihak kepada Pakatan Rakyat.
Jika BN mahu kekalkan kuasa di kerajaan pusat, perlu kekalkan kesetiaan parti-parti yang ada di negeri Sabah supaya tidak berbelah bagi dan angkat kaki. Yang boleh beri jaminan kepada BN ialah, cuma mengharapkan pada PRU kali ini BN peroleh kemenangan besar, barulah parti-parti di Sabah tidak akan berpaling tadah. Dengan itu, BN perlu pastikan yang BN akan peroleh kemenangan besar, sebenarnya bagi BN ia satu cabaran yang amat getir dan pahit.
Terjemahan:
Hassan Tiong Abdullah

Tuesday, April 9, 2013

Ucapan selamat tinggal Kit Siang bertanding di Johor - akhir sebuah impian



Kebarangkalian Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah kini mengucar-ngacirkan rancangan licik DAP, yang sebelum ini menamakan Lim Kit Siang sebagai calon.

Mungkin ini yang dimaksudkan dengan angin perubahan yang disebut-sebut puak Pakatan Rakyat sejak pemimpin DAP Lim Kit Siang tiba di Gelang Patah untuk menzahirkan harapan tersebut.

Ramai yang pernah menghadiri ceramah DAP di Johor rasa terpanggil untuk akur dengan perkara ini, memandang jumlah hadirin setiap kali Kit Siang naik ke pentas mudah alih yang dilengkapkan pada trak Ubah DAP begitu besar, dengan diiringi sorakan, tepukan gemuruh dan tiupan vuvuzela.

Senario melakarkan seolah-olah angin perubahan di negeri itu milik orang Cina.

Beberapa orang pemerhati berpendapat kaum Cina di Johor begitu seronok mendapatkan peluang awal mengikuti ceramah politik – mereka berasa begitu teruja.

Apa tidaknya, sebelum ini DAP di Johor tidak pernah mengalami keterujaan sebegini,  justeru apa yang dilihat dirasakan menjurus ke arah kemenangan.

Bagaimana pun, semuanya terhenti beberapa hari lalu apabila Ghani menyatakan kesediaan melawan Kit Siang di Gelang Patah.

Apa? Ghani yang lemah lembut itu? Tapi siapa sangka di sebalik pesona tertib itu wujud tenaga untuk menyekat hasrat Kit Siang?

Dengan itu, pelan DAP nyata kecundang belum pun pesawat ubah mereka dapat berlepas ke langit Johor.
Kini harapan yang mulanya dirasakan orang Cina DAP Johor sebagai 100 peratus akan menang sudah menjadi 50:50 dengan hanya penyataan Ghani untuk menentang Kit Siang.

Putrajaya telah menyetujui pertandingan tersebut dan jentera sokongan BN sudah siap siaga.
Bagaimana pun, kesepian dari Putrajaya adalah kerana mereka menantikan kepastian bahawa Kit Siang benar-benar akan ‘menceroboh’ di Gelang Patah.

Sikap berhati-hati Putrajaya ini menyusul ekoran apa yang dianggap sebagai usikan ‘April Fool’ Anwar yang kononnya akan bertanding di Perak.

BN, terutama BN Johor sedia menanti untuk mengiring Kit Siang ke penghujung senja karier politiknya.
Menurut kajian rambang pada 25 Mac lalu membabitkan pengundi Cina, 51 peratus dari mereka menyatakan kesediaan untuk memilih Kit Siang, sementara yang bakinya ‘tidak pasti,’ ‘tidak tahu’ atau ‘menentang’

Tetapi, sehari selepas berita mengenai pertentangan Kit Siang dan Ghani diketahui, hanya 34 peratus daripada orang Cina masih komited dengan pemimpin veteran DAP itu.

Peratusan orang Cina yang sebelum ini rasa berbelah bagi meningkat dari 23 peratus kepada 32 peratus.
Kategori ‘tidak tahu’ turut bertambah dari 7 peratus kepada 27 peratus.

Tetapi, lebih menakjubkan daripada itu, kajian lebih kualitatif dijalankan selepas berita Ghani tersebar luas. Ia menunjukkan tidak seorang pun orang Melayu yang ditemu ramah berkata mereka akan menyokong Kit Siang.

"Mungkin terlalu awal untuk membuat kesimpulan, tetapi nampaknya tsunami DAP di Johor  yang dirancang sudah berakhir," kata seorang penganalisis.

Yang nyata, masalah imej Kit Siang di kalangan orang Melayu masih kental – mereka tidak mudah lupa.
Apa tidaknya, usaha beliau berdekad lamanya membantai DEB, kakitangan kerajaan, polis dan juga UMNO hanya mengukuhkan lagi azam orang Melayu untuk menolak beliau.

Pada mereka, Kit Siang anti-Melayu.

Semuanya akan berakhir di Gelang Patah untuk Lim Kit Siang.

Antara faktor positif pada Ghani, beliau dilihat sebagai antara pemimpin Melayu yang tidak terlalu ‘Malay-centric’, lantaran beliau mudah diterima masyarakat Cina di Johor.

Ghani tidak celopar atau menembak dulu, berfikir kemudian, atau pun gila publisiti. Beliau spesies pemimpin Melayu yang hebat.

Para pemerhati dalam BN berpendapat Kit Siang sendiri yang membuka jalan untuk Melayu mencabarnya.
Masih kita ingat dua minggu lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kini masa untuk Kit Siang, 72 tahun, bersara.

Tetapi, Kit Siang tidak mengambil iktibar dari saranan itu, malahan beliau lantang mencabar Mahathir bertanding menentang beliau.

Tetapi, malang bagi Kit Siang, cabarannya itu disambut pula oleh Ghani – lebih parah bagi DAP.
Berikutan itu, satu ceramah PAS di sebuah kampung Melayu berhampiran Pelabuhan Tanjung Pelepas pada malam Sabtu hanya mampu menarik sekitar 100 orang.

Bayangkanlah walaupun usaha pembangkang gah dan kedatangan hadirin diraikan dengan makan minum, namun boleh dikira dengan jari mereka yang muncul untuk mendengar naib presiden PAS Salahuddin Ayub yang akan bertanding di kerusi negeri Nusajaya dan kerusi Parlimen Pulai.

Apa lagi yang boleh dicakapkan selain mengaku jumlah yang hadir agak ‘menggalakkan’ berbanding sebelum PRU 2008 yang hanya menarik kira-kira 20 orang ke majlis-majlis anjuran PAS.

Kemunculan Lim di Johor mungkin agak menerujakan sesetengah orang Cina Johor, tetapi di sebalik itu ia juga berfungsi untuk mengukuhkan lagi sokongan Melayu terhadap BN.

Akhir kata, langkah sumbang Kit Siang terpaksa juga di kongsi oleh PKR dan PAS di Johor.

Monday, April 1, 2013

No way will people of Selangor allow the state turned into political bastion for a PKR family dynasty



Looks like Selangor Pakatan Rakyat (PR) fears losing the 13th General Election that they are tripping over themselves. The latest in what looks like an act of desperation, they are placing de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and president Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail to contest in the state.

Candidate issues in PKR have become the bone of contention, which is hard to hide from public knowledge.

Selangor Barisan Nasional (BN) Deputy Chief Datuk Seri Noh Omar saw the ambivalence and clash that pointed to a fallout too obvious following state PKR chairman Azmin Ali’s opposing the appointment of Tan Sri Khalid Ibrahim as Menteri Besar should Pakatan Rakyat retain the state.

"Previously, Azmin who said Tan Sri Khalid only wanted to contest a parliamentary seat clearly showed his insistence in denying Khalid the MB’s seat…but today along comes Wan Azizah and Khalid says he can hold the post.

"If that’s the way it is, it looks like Khalid is being rejected by PKR…it’s because Azmin is a PKR deputy president…maybe Khalid is now caught in a dilemma.”

"So perhaps even Khalid does not want Azmin to be MB, and that’s the reason for him saying that Wan Azizah qualifies,” he said in Tanjung Karang Sunday night.

Noh saw Wan Azizah’s presence in Selangor as means to halt Azmin’s onslaught to the MB’s post.

According to Noh, Wan Azizah’s ‘migration’ to Selangor is as a political parasite rejected by her home ground constituents.

"The people of Selangor have to open their eyes...no way are we going to let Selangor be the bastion of Anwar’s family to contest.

We the people of Selangor do not wish to see the state turned into a place for Anwar’s family to grab at will.

"Isn’t there anymore qualified people in Selangor? Remember that all these years we developed Selangor from the sweat and toil of its people, but now that the state has reached the top, parasites are making a beeline for it,” he said.