Tuesday, December 18, 2012

Pejawat awam perlu tepuk dada, tanya selera...



Apa yang disuarakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga perlu difahami secara mendalam, sekali gus mengerti apa yang beliau maksudkan.

Beliau mahukan supaya seluruh penjawat awam memahami secara terperinci dasar serta pencapaian kerajaan.

Menurut beliau hanya melalui kefahaman mereka akan dapat membantu menangkis dakyah serta pembohongan yang ditimbulkan.

Bagaimana pun, melalui kefahaman mendalam mungkin akan timbul keadaan paradoks kerana jika seseorang penjawat awam telah memahami secara terperinci dasar kerajaan, lantaran rasa terpanggil untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat, maka dalam keadaan sedemikian dia sendiri sepatutnya lebih bersemangat untuk sentiasa melakukannya.

Dan dalam keadaan demikian juga, elemen-elemen pembangkang dalam perkhidmatan awam yang hanya melihat segalanya dari sudut negatif kerana mereka  terpengaruh oleh dakyah pembangkang sepatutnya menyedari hakikat dan pulang ke pangkal jalan.

Isunya di sini lebih daripada memahami sesuatu dasar atau pencapaian kerajaan.

Paling utama, bagi si penjawat awam itu sendiri mengupas dan memikirkan keadaan secara logikal kerana dia sendiri sebahagian daripada sistem selain berfungsi sebagai instrumen kerajaan.

Dalam peranan sedemikian amat bercanggah jika seseorang penjawat awam melihat pencapaian kerajaan dan dasar-dasarnya dari sudut negatif, apatah lagi untuk mensabotaj.

Bagi penjawat awam yang terasa, tepuk dada dan tanya selera...

No comments: