Monday, December 31, 2012

Hadi Awang Macam Kassim Baba Jumpa Harta Dalam Gua?


Apakah rata-rata umat Islam di negara ini menolak ‘Amanat Hadi Awang?’

Jawapannya, ‘ya,’ dan ‘tidak.’

Ada yang mengiakan kerana menganggap amanat itu sebagai sesuatu yang lawak berdasarkan kecetekan dan kesempitan minda serta ‘worldview’ presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang itu.

Jawapan tidak juga relevan kepada sesetengah pihak lain, kerana mereka tidak menafikan jawapan ‘ya’ bahawa sememangnya dengan ketegaran untuk menarik balik ‘fatwa’ songsang itu Hadi hanya menjelaskan imej beliau yang ektremis tak kena tempat.

Justeru itu, tawaran Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk memberikan Hadi peluang penjelasan berhubung ‘fatwanya’ itu melalui RTM menunjukkan betapa sikap kerajaan yang tidak menyekat hak beliau.

Kebenaran untuk Hadi menjelaskan perkara itu amat berbeza dengan pendirian PAS yang meracuni hati penyokong parti itu berdasarkan tohmahan serta label-label jijik terhadap umat serumpun pegangan spiritual dalam Islam.

Selain itu, syarat siaran minimum satu jam bagi slot yang ditawarkan Rais itu menggambarkan betapa presiden PAS itu seolah-olah kelam mata kerana mendapat peluang cepumas untuk diketengahkan menerusi TV.

Justeru, dalam hal ini sekali lagi kerakusan mengatasi segala-galanya, walhal bagi seorang yang dilabelkan sebagai ulama walaupun tidak diiktiraf umum, beliau sepatutnya mampu membuat penjelasan walaupun diberikan slot 10 minit.

No comments: