Thursday, November 29, 2012

Ucapan Najib peniup semangat tepat untuk seluruh UMNO



Jika bagi bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pun berpendapat ucapan presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pembakar semangat tepat bagi seluruh ahli parti itu, apatah bagi ahli-ahli sendiri?

Tun yang diminta pendapatnya ketika di luar Dewan Merdeka Putra World Trade Centre (PWTC) pagi tadi berkata demikian kerana ucapan tersebut merangkumi kesemua isu serta persoalan, dan diutarakan sebagai menjawab pelbagai dakwaan yangdilemparkan pembangkang.

Sememangnya sudah di agak apa sebenarnya inti pati ucapan Najib, berpandukan ‘sound bite’ beliau sejak tiga empat hari sebelum ‘day zero’ perhimpunan UMNO 2012 yang bermula pagi Khamis.

Apa yang diluahkan suara hati Najib merangkumi inti pati mesej yang ingin difahami dan dipraktikkan oleh seluruh ahli UMNO, termasuk penyokong dan rakyat Malaysia yang sayangkan kedamaian.

Sebagai kemuncak rentetan mesej beliau yang diulangi bagi memastikan keberkesanan, maka tidak hairanlah sambutan hebat dan bergemuruh yang ditunjukkan oleh para pemimpin dan perwakilan.

Dan bagi Tun Mahathir yang begitu terserlah persona beliau sejak akhir-akhir ini, impak suara hati Najib pasti membina semula kekuatan parti.

Tetapi, bagi Tun itu semua perlu bertolak daripada titik rasa rendah diri bagi membolehkan mereka meluahkan jasa kepada rakyat dengan lebih sempurna.

Jika di peringkat Perdana Menteri sendiri beliau rendah diri, mengapa harus pemimpin bawahan masih kental memegang kepada sikap sebaliknya?

Mungkin juga tindakan Najib mengulangi premis moral ini kerana pada beliau sikap sombong, bongkak, bangga diri dan sentiasa menganggap diri melebihi rakyat, masih kental walaupun setelah berkali-kali nasihat diberi.

No comments: