Thursday, September 6, 2012

Cina HK dabik dada kononnya lebih berdarjat, bantah dasar nasional



Menjelang sesi penggal persekolahan baru di HongKong, beribu orang penunjuk perasaan pada Rabu berhimpun untuk membantah kelas baru di bawah sukatan pelajaran rasmi kerajaan China.

Mereka membantah kononnya tindakan memperkenalkan kelas menggunakan sukatan pelajaran baru itu bertujuan mempengaruhi pelajar secara ‘pembasuhan otak.’

Itu dakwaan mereka, tetapi hakikatnya jika dilihat dari segi kenegaraan, kerajaan China mempunyai hak dan bertanggungjawab memastikan piawaian serta kesamarataan sistem pendidikan di negara itu.

Bagi kita di sini, menyorot perkembangan terbaru itu, rasa terpanggil juga untuk mengimbau kembali peristiwa beberapa dekad dulu apabila pemimpin kita berkunjung ke Beijing sebagai antara negara pertama menjalinkan persahabatan dengan negara tersebut.

Kita antara lain meminta supaya China mengambil balik orang Cina yang tidak memiliki kewarganegaraan Malaysia.

Malangnya, permintaan Malaysia ditolak dengan alasan puak-puak yang lari ke Malaya dulu bukan daripada rumpun bangsa Cina yang tulen; Mereka dianggap masyarakat di persisiran yang kebanyakannya tinggal di bahagian selatan negara itu.

Oleh yang demikian, dengan jawapan itu, perhatian terus merujuk kepada rakyat Hong Kong dan penduduk di sekitar wilayah tersebut.

Apakah memang ada kebenaran alasan yang diberikan pemimpin China berkenaan – bahawa kononnya golongan-golongan yang dimaksudkan suka bergaduh, tamak dan suka membantah?

Demonstrasi di Hong Kong yang merupakan bekas jajahan British sebelum diserap sebahagian dari wilayah China, menyingkap apa sebenarnya tersirat di sebalik pesona dan karakter orang Cina di Hong Kong.

Hong Kong diletakkan di bawah China sejak 15 tahun lalu, tetapi dibenarkan berpaut sedikit sebanyak kepada autonomi daripada sistem pemerintahan di tanah besar China.

Kajian oleh University of Hong Kong pada Disember lepas mendapati penduduk Hong Kong melihat diri mereka sebagai ‘rakyat Hong Kong’ dan bukan ‘rakyat China.’  Mereka lebih menganggap diri sebagai ‘anggota bangsa China’ daripada ‘rakyat China,’ dan tidak ingin dilabelkan sebagai warganegara Republik Rakyat China – satu label yang mereka menganggap sebagai tidak sesuai kerana merasakan diri lebih tinggi dan lebih berdarjat sebagai ‘warga global.’

Bagi pihak kerajaan China kelas sukatan pelajaran baru yang dikenali sebagai modul ‘Moral dan Pendidikan Nasional’ itu diperkenalkan untuk mengukuhkan identiti nasional selain menanam nilai-nilai dan sikap positif di kalangan pelajar.

Mungkin demi kenegaraan dan perpaduan, kerajaan China melihat rancangan terbaru itu sebagai kaedah paling baik untuk membetulkan apa yang dilihat sebagai sikap sikap bongkak dan sombong penduduk Hong Kong.

Kembali kepada senario di Malaysia kita rasa terpanggil untuk merujuk kepada desakan Dong Zong, antara lain.

Apa yang berlaku di Hong Kong sekarang ini membuat kita semacam tersentak, justeru tersedar untuk mengerti apa yang dirasakan kerajaan dalam usaha memupuk identiti dan nilai kenegaraan Malaysia.

No comments: