Tuesday, September 11, 2012

Apakah itu PUTERA-AMCJA?



Pada Januari 1947, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Lai Te atau Loi Tak yang memegang jawatan tersebut sebelum dikuasai Ching Peng, membiayai dan menyokong usaha untuk mewujudkan Malayan Democratic Union (MDU), yang merupakan sebuah pertubuhan pelbagai bangsa, tetapi untuk bukan Melayu.

MDU di garis untuk menggunakan program PKM bersama Parti Nasionalis Melayu (Malay Nationalist Party). Ia bertujuan menjadikannya sebahagian daripada Barisan Bersatu PKM (United Front) dengan misi untuk menentang perundingan di antara British, Raja-Raja Melayu dan UMNO bagi menggantikan Malayan Union.

Menyedari hakikat bahawa kaum Cina di Malaya dan Singapura melebihi jumlah orang Melayu, MDU menggesa diwujudkan dengan segera sebuah kerajaan berperwakilan yang diasaskan kepada Model Republikan. Barisan Bersatu berada di bawah bendera Majlis Tindakan Bersama Pan Malaya (Pan Malayan Council for Joint Action –PMCJA).

Bagaimana pun, PMCJA dilihat sebagai terlalu pro bukan Melayu, dan disebabkan itu Burhanuddinn Helmi dipaksa oleh para pemimpin sayap kiri Melayu supaya membawa keluar Parti Nasionalis Melayu (Malay Nasionalist party – MNP). Beliau kemudian menubuhkan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) sebagai ‘kenderaan’ baru bagi melaksanakan segala desakan Melayu bersayap kiri ke arah menubuhkan sebuah kerajaan berperwakilan berbentuk Republikan yang pro Indonesia.

Pihak PKM menyedari kesilapan bahawa mereka telah merampas daripada Barisan Bersatu ilusi sokongan Melayu, mereformasi PMCJA dan  menjadikannya apa yang dikenali sebagai Majlis Tindakan Bersama Se-Malaya (All Malayan Council for Joint Action –AMCJA). Selain itu, mereka juga gagal menarik PUTERA yang dikuasai MNP supaya menyertai semula gabungan PUTERA-AMCJA yang di pengerusikan secara bersama oleh presiden masing-masing, iaitu Burhanuddin Helmi dan Tan Cheng Lock.

PUTERA-AMCJA seterusnya merangka sebuah Perlembagaan Rakyat sebagai persiapan untuk melawan Perjanjian Persekutuan Malaya yang sedang disiapkan oleh UMNO, Raja-Raja Melayu dan British.

Perjanjian Persekutuan dijangka mengehadkan kewarganegaraan bukan Melayu bagi tujuan melenyapkan kebimbangan kumpulan majoriti Melayu sayap kanan yang bimbang orang bukan Melayu yang begitu ramai jumlahnya akan mengetepikan orang Melayu. Pada muka surat 199 memoir Chin Peng, beliau berkata, “AMCJA bukan sebenarnya satu kumpulan komunis…ia sebaliknya tegas di bawah pengaruh kami.”

Tidak pernah terlintas di hati Cheng Lock untuk menjadi kongkongan PKM, tetapi itulah sebenarnya yang berlaku!

Tidak lama kemudian British mengetepikan persepsi kononnya PUTERA-AMCJA mewakili seluruh rakyat, kerana MNP hanya sekumpulan kecil individu Melayu bersayap kiri, walhal majoriti orang Melayu berada bersama UMNO – termasuk juga puak ulama yang menjadi ahli UMNO sehingga 1956, apabila mereka berpecah untuk menubuhkan PAS.

Bagi orang Cina pula, mereka berpecah, dan berpandukan keadaan tersebut mereka telah meyakinkan Cheng Lock supaya meninggalkan AMCJA dan seterusnya berunding dengan UMNO. 

No comments: