Wednesday, July 4, 2012

Lewat bagi perkhidmatan membawa kepada rasuah



Tidak lama dulu blogger ini mencetuskan pelbagai lagi definisi rasuah dan apa sebenarnya rasuah.

Definisi rasuah yang kaku tanpa mengambil kira situasi tertentu menyebabkan jenayah itu difahamkan sebagai sekadar menerima imbuhan supaya melaksanakan sesuatu oleh seseorang yang berkuasa.

Tetapi, dengan kupasan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir hari ini bahawa kelewatan dalam melaksanakan sesuatu perkhidmatan oleh seseorang kakitangan kerajaan boleh berlaku rasuah, begitu tepat dan perlu difahami semua.

Apa yang beliau maksudkan, semua jabatan kerajaan perlu memastikan jangka waktu (time limit) bagi seseorang pegawai membereskan sesuatu tanggungjawab.

Ini kerana sama ada tugas berkenaan dilakukan dengan baik dan sempurna bergantung pada tempoh masa yang diambil.

No comments: