Friday, July 27, 2012

Bukan filem rasis, tapi kenapa Tanda Putera ditangguh?



Filem arahan Shuhaimi Baba, ‘Tanda Putera’ dengar khabar ditangguhkan tayangannya.

Alasan yang kedengaran setakat ini mengatakan beberapa bahagian filem tersebut perlu diedit keluar kerana sebab-sebab tertentu.

Membaca sinopsis, walaupun belum lagi melihat ‘master copy’ atau ‘director’s cut’ filem itu, saya mendapati tiada apa-apa yang perlu diedit keluar pun, kerana ia sekadar sebuah filem berdasarkan fakta.

Laporan Mageran yang diterbitkan sebagai bahagian daripada buku ‘merah’ Tragedi Mei 13 yang dikeluarkan kerajaan beberapa dekad lalu selari dengan apa yang cuba dipaparkan oleh Shuhaimi sebagai latar belakang cerita.

Penangguhan menimbulkan tanda tanya di kalangan pemerhati. Ada yang percaya ia disebabkan veteran politik DAP, Lim Kit Siang sebagai antara ‘background protagonist’ tragedi tersebut (sebagai antara elemen dalam kancah apa yang berlaku) tidak senang dengan apa yang dipaparkan melalui filem berkenaan.

Apakah benar penangguhan disebabkan isu ini? Jika benar, mengapa kerajaan perlu akur kepada desakan partisan Kit Siang, walhal Tanda Putera memaparkan kenyataan?

Berpada-padalah memenuhi desakan pembangkang dalam hal ini, memandangkan kes mendiang Teoh Beng Hock melalui pementasan teater ‘Beng Hock’ yang masih diragui fakta begitu mudah dipertontonkan kepada awam.

No comments: