Friday, June 15, 2012

Sikap Dong Zong – ada yang anggap semakin melampau…




KUALA LUMPUR (Malaysiaaktif) – Sebagai reaksi kepada amaran yang diberikan Dong Zong bahawa mereka akan mengambil tindakan jika kerajaan tidak akur kepada desakan membina sebuah sekolah Cina bebas di Kuantan, MCA hari ini menafikan tuduhan itu.

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia itu, Dr Yap Sin Tian berkata permintaan supaya dibina sebuah sekolah Cina bebas di Kuantan adalah berpatutan dan sah di sisi undang.

Kenyataan ‘sah di sisi undang-undang’ itu dianggap banyak pihak, terutama badan-badan Bumiputera sebagai membutakan mata kepada peradaban bertolak ansur di negara ini. Apa yang dimaksudkan mereka, bukan semua yang sah di bawah undang-undang sah dari segi moral atau kesesuaian dalam struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Dong Zong terus mendakwa kononnya MCA telah membuat perjanjian dengan kerajaan persekutuan pada 1996, di mana mereka bersetuju mengekalkan status quo sekolah-sekolah Cina persendirian sebagai menggantikan pemansuhan Seksyen 21 (2) Akta Pendidikan 1961 Mereka berkata pindaan dilakukan pada tahun yang sama.

Seksyen 21 (2) Akta 1961 itu menetapkan bagi menteri pelajaran “pada mana-mana waktu yang sesuai menukarkan sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan kepada sekolah rendah kebangsaan”.

Kepada dakwaan itu Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau telah berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebanyak dua kali bagi membincangkan isu tersebut dan memberi jaminan bahawa tiada pernah wujud perjanjian seumpama itu.

Bagi Dr Chua, tindakan Dong Zong hanya cubaan untuk menjejaskan reputasi MCA, sementara bagi orang Melayu pula ia dilihat sebagai sikap bagi betis hendak peha.

No comments: