Wednesday, June 27, 2012

RM3bil sebenarnya Abdul Murad punya, tuduhan dangkal



Nampaknya Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sudah kehabisan modal setelah begitu gah ‘memecah pintu’ untuk mendedahkan dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam isu NFCorp tempoh hari.

Ekoran apa yang dilihat ramai kalangan pembangkang sebagai satu kejayaan mercu tanda untuk terus menghakis dan mempertikaikan kredibiliti kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan cara mencungkil pelbagai isu, prestasi beliau seterusnya tidak boleh dilihat sebagai lentur pada tahap ini.

Terbaru, berhubung kes RM3 bilion yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rafizi cuba membalikkannya dengan dakwaan kononnya wang dan harta tersebut sebenarnya dimiliki bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid.

Lebih kurang 13 tahun dulu, Abdul Murad telah membuat akuan bersumpah (SD) yang dikatakan palsu bagi mengaitkan Anwar dalam isu tersebut.

Berdasarkan apa yang didakwa sebagai hasil semakan peribadinya, Rafizi merumuskan bahawa Abdul Khalid telah menggunakan kedudukan beliau sebagai Penolong Gabenor Bank Negara untuk menghimpun kekayaan.

Bagi mereka yang maklum dengan strategi dan kaedah ‘spin’ dalam politik, dakwaan Rafizi itu langsung tidak memeranjatkan. Apa tidaknya, kan beliau berlabel ‘Pengarah Strategi?’

Jadi, itulah kerjanya.

Berikutan ‘pendedahan’ beliau itu, ramai yang tertanya-tanya apakah bukti yang dapat menyokong tuduhan tersebut.

Sebelum ini Abdul Murad mengesahkan membuat akuan bersumpah mengenai akaun RM3 bilion yang didakwanya membabitkan Anwar pada 1999.

Beliau mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

No comments: