Tuesday, June 19, 2012

Produk makanan bahaya kerana sifat bangsa?



Apa hal dengan syarikat-syarikat pengeluar bahan makanan di China? Apakah ia sebahagian maksud penulis Amy Chua yang mengkritik kaum China yang dikatakan perlu bermuhasabah diri sebagai anggota masyarakat global?

Terbaru kita dengar tentang kegemparan berikutan susu rumusan bayi tercemar merkuri yang dieksport ke serata dunia dari negara itu.

Walaupun pihak syarikat pengeluar susu tersebut, Inner Mongolia Yili Industrial Group Co. akan menarik balik produk tersebut daripada pasaran, namun itu bukan isu sebenar kerana ia sudah pun melepasi kawalan eksport sebelum dikenal pasti kandungan berbahaya.

Pada 2008, dunia turut gempar apabila formula bayi dikesan mengandungi melamin hingga menyebabkan lebih 300,000 mangsa mengalami pelbagai masalah kesihatan, termasuk enam orang bayi mati kerana mengidap batu karang dan kerosakan pada buah pinggang.

Isu tersebut menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan makanan dan rasuah politik di China, hingga buat seketika menjejaskan reputasi negara tersebut sebagai pengeksport bahan makanan.

Banyak lagi insiden yang berlaku sebelum ini dalam industri pengeluaran bahan makanan China.

Yang menjadi persoalan di sini, apa punca ia berlaku?

Apakah kerana budaya yang hanya fokus kepada kepentingan material dan kewangan semata-mata tanpa mempedulikan rasa tanggung jawab kepada masyarakat?

Masalah sedemikian menimbulkan pelbagai persoalan hinggakan membawa kepada beberapa pihak mengaitkannya dengan tabiat dan apa yang mereka anggap sebagai sifat kerakusan masyarakat China sejak turun temurun.

Memang tidak adil ‘menstereotaipkan’ semua yang berketurunan China dalam kategori pincang itu, tetapi namun demikian iktibar perlu diambil dan perubahan dimestikan bagi menanam sikap lebih bertanggung jawab terhadap kesan perbuatan kita ke atas masyarakat sekeliling.

No comments: