Saturday, June 30, 2012

Dah lama dah kita tau, kini Mahathir tegur anaknya...



“Dah lama dah…” – begitu yang dikatakan Tun Mahathir dalam nada sebak teramat ketika mengumumkan penarikan diri dari kepimpinan negara beberapa tahun dulu.

Seperti mana dah lama beliau membayangkan niat untuk mengundurkan diri, begitu juga lamanya rakyat Malaysia memerhatikan gelagat anak perempuannya Datuk Paduka Marina Mahathir hanyut melawan arus perjuangan beliau.

Lantaran, apabila keadaan menjadi semakin serius, akhirnya Dr Mahathir akur kepada keadaan dan tampil menyatakan tentangan terhadap apa yang sejak sekian lama dilakukan oleh Marina.

Dalam menyuarakan pendapatnya pada satu wawancara khas di MobTV, Dr Mahathir berkata beliau berharap Marina menjauhkan diri dari BERSIH dan badan-badan lain yang jelas anti kerajaan.

Rasionalnya untuk tidak bersetuju dengan kelakuan Marina adalah kerana agenda BERSIH telah dirampas oleh pihak pembangkang sebagai modal politik rakus mereka.

Menurut beliau, BERSIH bukan lagi badan bebas mewakili rakyat progresif yang mahukan perubahan dalam cara pilihan raya dijalankan di negara ini.

Dr Mahathir berkata walaupun Marina tidak pernah menyatakan secara tegas sokongan terhadap kebebasan melampaui batas agama dan moral yang didukung pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), namun hakikatnya itulah antara agenda paling terserlah yang tersirat pada kumpulan-kumpulan yang disokong beliau, termasuk BERSIH.

Kupasan Dr Mahathir seperti biasa berpaksikan pandangan rasional, justeru beliau menegaskan walaupun Marina telah banyak menabur jasa membantu golongan kurang bernasib, namun berhubung LGBT beliau perlu mewujudkan sempadan.

Apa yang disuarakan Dr Mahathir memungkinkan pelbagai implikasi – antaranya impak negatif kepada potensi abang Marina, Datuk Mukhriz untuk menang dalam PRU Ke-13 nanti.

Begitulah suara hati seorang ayah kepada anaknya…

No comments: