Saturday, June 2, 2012

BN mengukuh persepsi positif, PR ubah ke negatif



Ungkapan ‘persepsi adalah segala-galanya’ masih kental dipegang kebanyakan orang politik. Tidak kiralah sama ada persepsi itu berasaskan sesuatu yang positif, atau pun sebaliknya.

Bagi membentuk sesuatu yang negatif kepada persepsi positif, sesuatu yang mudah, tetapi risikonya agak tinggi.

Ia berisiko tinggi apabila negatif dibentuk menjadi positif bagi tujuan membeli masa untuk mengubah keadaan – sama ada daripada kemunduran atau kepincangan, kepada kemajuan.

Maka, berdasarkan usaha untuk membeli masa supaya membolehkan sesuatu inisiatif positif terbentuk daripada yang negatif, akan dianggap sebagai satu macam perjudian.

Inilah perjudian dalam politik, di mana pihak Barisan Nasional (BN) bertungkus-lumus kini menggembleng tenaga seiring pelbagai inisiatif transformasi yang diwujudkan oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Apakah transformasi diadakan daripada keadaan yang serba sempurna? Itu tidak mungkin, kerana jika sesuatu tidak rosak, mengapakah perlu diperbaiki?

Oleh yang demikian, segala inisiatif transformasi kerajaan bukan wujud bebas daripada kepincangan. Kita perlu berhadapan dengan realiti bahawa pernah berlaku kepincangan, ketidakcukupan dan keterlanjuran sebelum idea transformasi disusun menjadi gagasan agenda positif untuk menabur bakti kepada negara dan memperbetulkan segala yang tidak betul.

Transformasi yang dicetuskan dan digerakkan ekoran pelbagai kesilapan, keterlanjuran dan kepincangan sesuatu yang amat sihat. Ia menunjukkan kematangan dan anjakan paradigma pemikiran yang luhur, memandangkan betapa sebagai manusia, kita tidak mungkin sempurna segala-gala dan sepi daripada kecacatan serta kelemahan.

Berdasarkan kesedaran ini – kesedaran yang tidak memberi tempat kepada keangkuhan dan penafian sepanjang masa, maka BN akan dapat menapak ke arah kecemerlangan sementara kuasa pemerintahan masih berada di tangan.

Dan dalam status quo begini, nyata jika dihalusi, PR sekadar bersilat untuk mengekalkan pelbagai persepsi positif yang ada pada BN kepada negatif.

No comments: