Wednesday, May 23, 2012

Muzakarah: Nik Aziz membelakangi muzakarah dalam PAS?



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tetap mahukan muzakarah dengan UMNO walaupun tidak direstui ahli jawatankuasa tertinggi parti termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata ia penting bagi menentukan hala tuju dan matlamat perjuangannya bagi menegakkan syiar Islam.

“Ini keputusan saya dan tidak ada kena-mengena dengan orang lain, jadi saya tak kisah walau ada yang tidak bersetuju, kata beliau hari ini.

Yang menghairankan, sekiranya beliau tegas mengatakan hasrat tersebut keputusan sendiri, bagaimana PAS akan bergerak kearah itu, walhal dalam parti itu segalanya perlu direstui melalui muzakarah.

Hakikatnya, kalau dalam PAS sendiri tiada berlaku muzakarah di antara Mursyidul Am dan Jawatankuasa Tertinggi parti, apa kaedahnya?

Buang masa saja layan Nik Aziz…

No comments: