Tuesday, May 8, 2012

Kata dulang paku serpih, Kata orang kita yang lebih



Jika pembangkang mempersoalkan tentang pengerusi SPR menjadi ahli UMNO, apa pula bezanya dengan speaker Dewan Undangan Negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat?

Mungkin banyak alasan daripada segi teknikal yang boleh mereka bangkitkan berhubung hal ini, tetapi realitinya mungkin sama atau mungkin lebih buruk.

Bagi Pengerusi SPR, beliau hanya ahli biasa dan tiada mana-mana undang-undang yang melarang beliau berbuat demikian.

Pembangkang membangkitkan isu berkenaan kerana ia sesuatu yang dirasakan amat menarik untuk dimanipulasikan ke arah membentuk persepsi negatif rakyat.

Bagaimana pun, seperti yang berlaku hari ini, apabila sekali lagi ADUN Barisan Nasional (BN) keluar dari Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, apa pula persepsi yang boleh terbentuk di pemikiran rakyat?

Rata-rata rakyat yang bermaklumat akan berkata speaker berat sebelah kerana dia orang kuat Pakatan Rakyat. Itu hakikatnya.

No comments: