Tuesday, April 24, 2012

Rafizi dabik dada, kata apa jua asakan PKR mampu atasi



Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli menyifatkan bukti terbaru yang mengasak ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bentuk video ‘menggemparkan’ satu lagi cubaan untuk memburukkan beliau.

Beliau berkata setelah 14 tahun menentang UMNO, PKR bersedia untuk menghadapi dan mengatasinya, justeru pendedahan video oleh Datuk Nallakaruppan dianggap tidak mampu menggugat parti itu.

Mencabar atau angkuh pendirian itu?

Bagi sesetengah pihak mungkin ia berupa cabaran, dan pihak lain pula, mungkin ia memperlihatkan sikap angkuh dan taksub.

Apa sekali pun, Rafizi perlu membuka hati yang semakin hari semakin tertutup kepada hakikat dan kenyataan di depan mata.

Ada kalanya kita mungkin berada di pihak benar, dan ada waktunya kita mungkin terpesong jauh daripada kebenaran.

Berhubung video terbaru yang dikatakan telah pun diserahkan oleh Nallakaruppan kepada peguamnya, Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah, Rafizi mengaku tidak tahu menahu tentang kandungannya.

Namun demikian beliau masih memilih keangkuhan daripada mengambil pendirian berhemah, tunggu, lihat dan fikir.

No comments: