Monday, April 16, 2012

Kaji Semula Akta Hasutan 1948 langkah perlu


Baru-baru ini Menteri Komunikasi, Penerangan dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Rais Yatim membangkitkan tentang kebiadaban sesetengah pemimpin pembangkang mempersendakan Yang di-Pertuan Agong.

Susulan dari itu, hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hasrat kerajaan mengkaji semula Akta Hasutan 1948 secara menyeluruh, tanpa mengetepikan mana-mana opsyen.

Apa yang dibangkitkan oleh Rais itu amat satu yang perlu demi menjaga perpaduan rakyat di negara ini di bawah payungan Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong, walaupun pembangkang memberikan reaksi kononnya ia hanya strategi politik.

Ini kerana dalam iklim ‘progresif’ dunia yang mahukan segala-galanya di acuan secara lebih liberal, namun keadaan sesuatu masyarakat dan negara amat berbeza dan tidak boleh dilakukan dengan mengguna hanya satu kaedah.

Tidak dapat dinafikan, Malaysia seperti negara jiran Thailand menyaksikan institusi raja memegang peranan sebagai elemen yang menjamin perpaduan rakyat.

Cubaan mengasak atau mengecilkan status raja hanya akan mengundang bencana, dan disebabkan itu sesuatu perlu dilakukan segera bagi menangani keadaan, dan dalam konteks ini yang paling penting ialah pengkajian semual Akta Hasutan 1948.

Menurut Najib, kajian akta tersebut akan mengekalkan tiga prinsip dalam sebarang kerangka perundangan baru.

Ini bagi menangani perbuatan dan perlakuan, termasuk tindakan menimbulkan kebencian, penghinaan serta tindakan membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana raja.

Perundangan baru itu akan dapat menangani perbuatan menyebar niat jahat dan permusuhan antara kaum di Malaysia

Apa yang termaktub kelak dalam kajian semula akta tersebut termasuk usaha mengelak mana-mana pihak mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, keistimewaan, dan kedaulatan yang ditetapkan atau dilindungi peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, atau Perkara 151, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.

No comments: