Monday, March 5, 2012

Tontoni Wayang Tok Dalang Pakatan di Kedah!


PAS pusat hari ini mengarahkan kedua-dua wakil rakyat ‘pemberontak’ dalam PAS Kedah supaya kembali menyertai Exco Pentadbiran Negeri Kedah.

Dalam apa yang diyakini pucuk pimpinan PAS sebagai tindakan menyelesaikan secara muktamad kemelut dalam kerajaan pimpinan PAS di Kedah itu, parti juga memutuskan supaya Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dikatakan oleh orang dalam PAS sebagai punca krisis, supaya meneruskan tugas beliau sebagai Menteri Besar.

Dengan pengumuman PAS Pusat di sini pagi tadi, apakah benar-benar telah berakhir krisis di Kedah?

Bagi pemerhati luar, sesungguhnya persepsi dan imej telah terbentuk. Di pihak kedua-dua exco pemberontak itu, ia menunjukkan kerakusan mereka untuk merampas kuasa tanpa memikirkan tentang perpaduan parti menjelang PRU ke-13 yang akan diadakan bila-bila masa.

Walaupun orang-orang atas dalam PAS berasa yakin Datuk Pharolrazi Mohd Zawai dan Datuk Dr Ismail Salleh akan mematuhi ‘nasihat’ PAS Pusat, itu, namun tengah hari ini timbul khabar mengatakan ia tidak mungkin berlaku semudah itu.

Kedua-dua mereka dikatakan enggan berbuat demikian kerana prinsip dan pegangan bahawa ‘Tok Wan’ Azizan tidak layak lagi memimpin Kedah.

Arahan PAS Pusat itu tidak mempunyai kuasa atau tenaga untuk menyebabkan mereka berpatah balik setelah membakar jambatan yang terbina sejak sekian lama.

Jika dikatakan malu, ia tidak mendapat tempat dalam hal ini kerana hakikatnya ada lembaga yang berada lebih tinggi daripada pucuk pimpinan dalam PAS Pusat.

Seperti mana lembaga seumpama itu menangani isu P. Ramasamy di Pulau Pinang dengan kata-dua ala diktator oleh kuasa sebenar dalam DAP, begitu juga keadaannya berhubung isu Kedah ini.

Lembaga yang mempunyai puluhan jari untuk mendalangi ‘ketertiban’ dalam persekongkolan Pakatan Rakyat di mana PAS sebahagian daripadanya, tidak lain daripada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

No comments: