Monday, March 26, 2012

Hasan Ali: Mengapa perlu mengalah dalam mempertahankan Islam?


Walau pun diasak dengan dahsyat oleh bekas sekutunya dalam PAS dan Pakatan Rakyat (PR), bekas exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Mohamed Hasan Ali tidak akan menyerah.

Mengapa harus menyerah jika benar-benar apa yang diperjuangkan ialah kedaulatan Islam dan maruah orang Melayu?

Beliau semakin mendapat sokongan daripada orang Melayu dan Islam, terutama di sebelah pantai timur semenanjung apabila ribuan orang hadir dalam siri ceramah pencerahan pendiriannya berhubung isu di Selangor.

Agak memeranjatkan kerana berbeza daripada apa yang dilukiskan oleh musuhnya kini di Selangor dan PAS, kerana keikhlasan dan kesungguhan mempertahankan Islam, mereka yang waras berfikir mudah memberi sokongan moral.

Hari ini Dr Hasan mula menyerang balas.

Beliau berkata akan mendedahkan bukti tentang usaha memurtadkan umat Islam di Selangor pada Isnin akan datang di rumahnya di pinggiran Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Beliau enggan memberi butiran lanjut, tetapi sebelum ini pernah mengatakan video yang bakal didedah memaparkan mereka yang pernah murtad dan mengikuti upacara kristianisasi.

Tindakan Dr Hasan kali ini berikutan tuduhan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kononnya beliau sengaja cuba mencetuskan kekacauan dan keraguan di kalangan rakyat.

No comments: