Wednesday, March 21, 2012

'Et tu, Brute?...dan gugurlah Karpal...'


Seperti dijangka, dan seperti sikap dan kerakusan manusia yang tidak mengenang budi dan jasa, rakan-rakan dari dalam persekongkolan pembangkang sendiri kini menghunus pisau mengancam Karpal Singh.

Zaman beliau sudah berlalu, dan landskap dalam DAP pun telah berubah, lantaran kritikan beliau terhadap tindakan ‘jinak’ jawatankuasa disiplin DAP ke atas seterusnya, P. Ramasamy tidak membuahkan apa-apa.

Sebaliknya, Karpal sendiri yang kini semakin terperosok di penjuru dengan bayangan ancaman pisau-pisau kawan-jadi-lawan semakin hampir.

Paling lantang serangan dan asakan terhadap Karpal datang dari masyarakat India sendiri.

Mereka yang dikatakan marah mendesak supaya pengerusi kebangsaan DAP itu berundur kerana kini hanya menjadi beban kepada parti.

No comments: