Saturday, February 25, 2012

Tanah peneroka bakal tergadai - fitnah pembangkang


Peneroka dulu...sekarang bagaimana?

Kalau dipertimbangkan secara waras, adakah mungkin Barisan Nasional (BN) yang bersungguh-sungguh mahu mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju utama dalam kerajaan akan menginainya rakyat?

Tidak mungkin.

Sebaliknya kerajaan bertekad mempertingkatkan kehidupan rakyat seperti mana yang diterapkan melalui pelbagai inisiatif transformasi yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak kebelakangan ini, dan banyak lagi di masa-masa akan datang.

Bagaimana pun, BN dan kerajaan tidak serba sempurna. Masih terdapat pelbagai kecacatan dan ini sedang diperbaiki dan diusahakan untuk di atasi berikutan perubahan dalam landskap politik dan kecelikan rakyat terhadap hak mereka. Kini apa saja yang dilakukan kerajaan perlu telus dan berhemah.

Tetapi, kesedaran dan iktibar yang diambil kerajaan BN sejak pukulan hebat yang diterima pada PRU ke-12 dulu tidak disenangi pembangkang yang hanya mahukan diri mereka sebagai juara bagi segala-gala yang positif, tidak kiralah sama ada apa yang mereka laungkan itu sekadar langkah populis sahaja.

Kerakusan inilah yang membawa kepada fitnah terbaru pembangkang menuduh penyenaraian Felda Ventures Holdings Berhad (FGVH) akan menyebabkan tanah peneroka tergadai.

Tidak benar apa yang difitnahkan itu, kerana tiada langsung agenda untuk mengusik tanah milik peneroka apabila penyenaraian FGVH direalisasikan kelak.

Jikalah benar ini berlaku, rakyat dan peneroka perlu sedar betapa kuasa menurunkan kerajaan BN juga berada di tangan mereka, dan kerajaan BN akan menerima padahnya.

Dan ini juga modal yang digunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau mendakwa kononnya pemimpin BN semakin takut akan kekalahan yang bakal berlaku pada PRU akan datang, maka disebabkan itu mereka masing-masing berusaha untuk memanipulasikan hak rakyat sebagai persiapan.

No comments: