Saturday, January 28, 2012

Teh tarik satu! Kurang gula, kurang harga!


Tiada apa yang perlu atau boleh dipolemikkan mengenai inisiatif kerajaan menetapkan harga gula pada RM2.30 sekilo dengan penambahan subsidi daripada 20 sen kepada 54 sen bagi setiap kilo.

Memang pengawalan harga bahan tersebut sebegitu diterima baik seluruh rakyat, namun keluhan masih juga kedengaran apabila ia dilihat daripada perspektif lain.

Tidak lama dulu keadaan menjadi agak kelam-kabut apabila harga gula naik dan bahan tersebut dengan sekelip mata seolah-olah hilang dari pasar raya dan kedai runcit, justeru mencetuskan keterujaan tidak bertempat di kalangan peniaga apabila harga gula seolah-olah hanya boleh dimampukan mereka yang membida harga tertinggi.

Kerajaan bertindak tegas, dan keadaan kembali normal walaupun harga gula dinaikkan sedikit.

Bagaimana pun, apabila kali ini ekoran kenaikan harga bekalan gula antarabangsa memaksa kerajaan bergegas mengikhtiarkan sesuatu, namun apa yang semakin dipersoalkan rakyat mengapa walaupun harga bahan itu distabilkan, namun harga barangan lain yang menggunakan gula masih tidak menurun, malahan semakin naik jika dipantau secara terperinci.

Jika di restoran kita memesan segelas teh tarik ‘kurang manis’ yang semestinya bermaksud kurang gula, sama ada dalam pengurangan krimer pemanis atau pun serbuk gula, namun harga yang dikenakan tetap sama.

Mungkin kecil sekali isu yang cuba dibangkitkan ini, tetapi jika dihitung dan dijumlahkan nilai penjualan teh tarik dalam sehari di seluruh negara ia pasti mencecah hingga jutaan ringgit. Itu bukan ‘kecik anak’ jumlahnya.

Oleh yang demikian, persepsi bahawa ia isu kecil tidak boleh diterima.

Kini sudah tiba masanya kementerian berkenaan mengambil tindakan pelaksanaan bagi menyelesaikan perkara ini.

2 comments:

midonz said...

Setuju sangat2.. Malangnya kebanyakkan pengusaha kedai tak mau nak turunkan harga walaupun minuman tu dah kurang serba serbi.. Kalau pergi Kopitiam bertambah2lah mahal walaupun cawannya kecik..

ctpayong said...

KakCT juga setuju dengan fakta ini. Kalau dikumpulkan lebihan harga segelas teh tarik sahaja sudah cukup ada impaknya cuma 'tidak terasa dan tidak ketara' kerana peningkatan yang minimal. Andai dikumpul RM0.10 segelas didarap 2, didarap 365 hari barulah terperasan jumlahnya.