Monday, January 9, 2012

Kewarasan Menafikan Tohmahan


Jika dilihat dari perspektif kewarasan, keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersabit tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari yang pada waktu kejadian berusia 23 tahun adalah satu kemenangan bagi Malaysia.

Kemenangan ini bukan sekadar keterujaan di pihak pembangkang dan mereka yang menyokong Anwar, tetapi juga kepada jutaan rakyat Malaysia yang menaruh kepercayaan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak menjanjikan perubahan dalam pembentukan semula imej Malaysia.

Pembentukan semula imej dalam konteks ini bukan bermakna Malaysia selama ini berada dalam keadaan pincang, tetapi apa lebih penting kita berubah seperti mana masa dan waktu merubah tamadun manusia.

Keputusan mahkamah yang diumumkan adalah hasil proses yang didaulatkan dan disanjung rakyat, walaupun pelbagai tanggapan dan ketidakpuasaan hati tidak kurang juga mencalarkan imej kehakiman di Malaysia. Namun, bagaimana pun, pagi ini segala tohmahan yang dilemparkan pembangkang dan sekutu mereka di luar negara terbukti tidak benar dan berniat syak.

Oleh yang demikian, selepas episod ini, negara boleh lebih fokus kepada melayari sistem demokratik ke arah masa depan lebih cemerlang.

No comments: