Monday, January 30, 2012

Kelentong 180 Darjah Anwar Mengenai Wawancara WSJ


Sorotan oleh blogger Jebat Must Die menarik disampaikan kepada ramai.

Dalam usaha pelbagai tipu daya Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau mendabik dada akan menguasai Putrajaya, terbaru ketua de facto PKR itu pada Ahad menunjukkan betapa beliau begitu tertekan untuk membersihkan nama beliau berhubung pendirian dengan rejim Israel.

Blog Anwar bertajuk ‘Jangan Putar Belit Kenyataan Demi Fitnah’ dirujuk. Beliau berkata:

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati.

Setelah pelbagai reaksi negatif terhadap apa yang dikatakan beliau itu tersebar, terutama di Internet, Anwar dengan pantas membuat pusingan 180 darjah bagi mengetepikan kritikan bahawa beliau sebenarnya orang suruhan Amerika dalam menyokong rejim Israel.

Jebat Must Die meminta diletakkan segalanya dalam perspektif teratur bahawa kenyataan terkini Anwar bertujuan membersihkan namanya tidak memberikan sebarang makna. Ini kerana kenyataan tersebut tidak terdapat pada artikel asal yang tersiar dalam WSJ. Dan jika ia sememangnya tiada, maka bermakna beliau tidak mengatakannya.

Dalam artikel tersebut tiada disebut tentang menjaga keperluan rakyat Palestin atau pun hak mereka menubuhkan sebuah negara Palestin. Kesemua itu tidak disebut.

Apa yang sepatutnya dilakukan Anwar ialah meminta WSJ menyiarkan transkrip penuh wawancara berkenaan, atau setidak-tidaknya (kerana sejak kebelakangan ini beliau begitu berminat menyaman orang) pun mengemukakan saman terhadap WSJ kerana mencemarkan imejnya di kalangan orang Islam yang menyokong beliau dan memburukkan beliau dengan mengatakan beliau peminat nombor satu Israel!

Hakikatnya, kenyataan terbaru beliau diperturunkan dalam Bahasa Malaysia ditujukan semata-mata bagi mengurangkan kebimbangan orang Melayu Muslim di Malaysia.

Diakhir kenyataan itu, Anwar mengukuhkan muslihatnya dengan memberi amaran kepada mereka yang cuba memutarbelitkan wawancara tersebut. Tetapi, menurut Jebat Must Die, tiada siapa pun yang memaksa beliau secara sukarela diwawancara, dan tiada siapa pun yang memutarbelitkan apa-apa.

Kita boleh percaya setiap perkataan yang ditulis oleh WSJ, tanpa mengubah apa-apa, dan hasilnya kekal seperti mana dibangkitkan. Apa yang ketara Anwar telah memastikan takdir dengan tindakan beliau itu.

Post terbaru beliau pada blognya itu hanya sekadar untuk meredakan kemarahan penyokongnya.

Dengan perkembangan terbaru ini, seolah-olah analisis pintar majalah The Economist pada Julai 2009 dulu benar belaka – bahawa Anwar Ibrahim seekor sesumpah.

Sememangnya sudah menjadi sikap Anwar mengatakan sesuatu kepada satu kumpulan, dan mengatakan sesuatu yang lain pada kumpulan lain.

Di Malaysia, kepada audiens Pakatan Rakyat beliau berkata mereka akan melindungi hak Melayu, tetapi kepada WSJ beliau sebaliknya berkata akan mempercepatkan usaha menghapuskan kuota kaum di universiti.

Sementara itu, di pentas dunia pula beliau mengecam kita dengan mengatakan pilihan raya di Malaysia amat kotor dan tidak adil. Tetapi, bagaimana pun, beliau tidak memberitahu audiens bahawa parti PKR sendiri baru saja mengharungi proses pilihan raya parti yang paling kotor pernah diadakan, yang berakhir dengan tindakan keluar parti oleh beberapa orang kuat seperti Zaid Ibrahim dan Haris Ibrahim.

Jebat Must Die mengukuhkan kenyataannya daripada artikel terdahulu – bahawa otak Anwar tidak sesuai untuk memimpin negara ini.

Blogger itu seterusnya mencadangkan supaya Anwar kembali kepada tuan-tuannya di seberang laut bagi mendapatkan arahan selanjutnya sebelum beliau boleh ditepuk di punggung dan kemudian kembali ke sini bersenjatakan arahan-arahan baru untuk melakukan selanjutnya.

Dan seperti mana beliau mengakhiri cubaan untuk menutup motif terselindung, blogger tersebut menghuraikan kata-kata yang agak sama (dengan sedikit perubahan) sebagai pengakhir artikel.

“Justeru saya memberi amaran keras kepada Anwar Ibrahim jangan cuba menjadi talam dua muka dalam memutar belit kenyataan-kenyataan beliau sendiri hanya kerana untuk mendapatkan kuasa.”

1 comment:

ctpayong said...

Assalamualaiku wbt.

Siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong lama-lama makan diri.

Allah SWT pasti menjaga Islam dan hamba-Nya yang tetap teguh & sabar melaksanakan perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya.