Thursday, March 24, 2011

Ibu Pejabat Polis dikembalikan ke Lenggong?


LENGGONG, 24 MAC -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Kadir hari ini sekali lagi mengumumkan pelan untuk mengembalikan status ibu pejabat polis Lenggong yang telah sekian lama di 'down-gradekan' menjadi seperti hanya sebuah pos polis.

Ini kali kedua beliau berbuat demikian dan sementara itu penduduk Lenggong semakin resah kerana kadar jenayah semakain meningkat.

Meningkat? tentu sekali pihak berkuasa akan mengemukakan statistik kononnya kadar jenayah tidak meningkat kerana jumlah laporan kes yang dibuat tidak sebenarnya mencerminkan keadaan.

Perlu ingat Daerah Kecil Lenggong kawasan masyarakat berintegrasi rapat dan sebahagian besar perlakuan jenayah tidak dilaporkan kepada polis seperti yang diperlukan. Di sinilah letaknya punca persepsi tergelincir, justeru menyebabkan statistik terbabas.

Bagaimana pun, pengumuman Zambry mengenai hal tersebut sedang ditangani diterima baik, tetapi alasan kononnya kelewatan disebabkan sistem pengurusan, tidak boleh diterima penduduk.

Monday, March 21, 2011

Video Panas Pemimpin Pembangkang Terbaru...


Dalam ketaksuban Nik Nadzmi cuba mempertahankan bossnya yang dikatakan mungkin terbabit dalam video seks terbaru hari ini, dia tersilap langkah.

Damage control tu satu hal, tapi caranya kenalah betul.

Ni belum pun dia sendiri menonton video tu, dia dah menafikannya.

Ramai juga yang sangsi dan berasa susah nak percaya identiti individu yang dikatakan divideo melakukan hubungan seks dengan seorang wanita berkulit cerah di sebuah hotel eksklusif tu.

Tapi, seperti kata Rocky, dulu pun sewaktu timbul video yang membabitkan Vijendran dan Soi Lek, ramai yang tidak percaya hinggalah terbukti...

Thursday, March 17, 2011

Kecuali BN, PR dan Pertubuhan Lain Tidak Diberikan Mandat Oleh Rakyat


Rakyat Malaysia sudah sekian lama disogokkan dengan pelbagai inisiatif yang kononnya teguh berdiri di atas premis kebebasan, demokrasi benar dan liberalisme.

Inisiatif-inisiatif tersebut wujud dalam berbagai-bagai topeng dan manifestasi samar. Antaranya termasuk penubuhan parti Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM), SABM (Saya Anak Bangsa Malaysia), Sahabat Pakatan Rakyat, MyOverseas Vote, BERSIH (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil), Aliran, JUST, Suaram, AIM (Pergerakan Anti-ISA), HIDRAF dan puluhan lagi organisasi di seluruh Malaysia dan seberang laut.

Satu persamaan yang pasti pada kesemua badan ini ialah ketaksuban masing-masing dengan mendabik dada menganggap diri sendiri yang betul.

Persoalannya, betul dari segi apa?

Dengan melaungkan perjuangan keadilan untuk rakyat, ironinya kesemua pertubuhan tersebut tidak pernah mendapat mandat penuh daripada rakyat. Ini termasuk juga persekongkolan yang berteduh di bawah payung Pakatan Rakyat.

Selain keupayaan memenangi negeri-negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, payungan gerombolan parti pembangkang itu sebenarnya tidak mewakili suara hati majoriti rakyat di negara ini, walaupun mereka mengambil kepayahan cuba meyakinkan kita kononnya sebahagian besar orang Malaysia berdiri di belakang ‘perjuangan’ mereka.

Setelah menapis dan mengasingkan badan-badan tanpa mandat ini, yang tinggal hanya Barisan Nasional (BN). Dan jika di sorot berdasarkan suara rakyat, hanya BN yang dipilih secara sah, sementara yang lain-lainnya seperti ‘anjing menyalak gunung’ Justeru, kewujudan badan-badan selain BN sebenarnya tidak sah, munafik dan hanya melantik diri sendiri.

Mengupas penstrukturan dan penubuhan MCLM, apa yang paling menyerlah pergerakan itu tidak pernah terpilih oleh sesiapa, dan oleh yang demikian tidak bertanggung jawab kepada sesiapa walaupun pada dasarnya itulah yang dilaungkan mereka.

Di tengah-tengah semua ini apa yang ketara komposisi dan pengaruh masyarakat kelas menengah (middle class). Mereka yang tidak mewakili majoriti rakyat Malaysia merupakan satu-satunya kumpulan yang cuba memperjuangkan konsep masyarakat madani (civil society) yang sudah begitu lama diperjuangkan oleh BN.

Berapa ramai daripada 27 juta orang rakyat Malaysia yang menurunkan tanda tangan memberikan mandat kepada pertubuhan berkenaan memperjuangkan nasib rakyat Malaysia?
Seperti konco-konconya yang lain, MCLM yang cuba digerakkan ‘pejuang’ daripada kumpulan kelas menengah dalam banyak aspek tidak mempunyai kaitan atau pun mewakili suara kumpulan-kumpulan yang dikatakan terpinggir.

Menyentuh pendirian BERSIH, berdasarkan nama pertubuhan itu mungkin ramai yang berpendapat ia betul-betul memperjuangkan pilihan raya yang adil dan bebas untuk semua rakyat Malaysia. Bagaimana pun, statistik menunjukkan lebih lima juta orang rakyat Malaysia yang layak mengundi tidak mendaftarkan diri untuk mengundi, dan lebih tiga juta orang pengundi berdaftar tidak pula mengundi. Selebihnya, seramai empat juta orang pengundi memilih BN!

Ini bermakna hanya kurang empat juta daripada 27 juta orang rakyat Malaysia ingin melihat proses pilihan raya yang “lebih baik.” Apakah BERSIH boleh mendakwa mewakili kesemua rakyat Malaysia, walhal hanya 14 peratus penduduk negara ini mahukan supaya pembangkang menang, sementara baki 86 peratus lagi tidak berhasrat demikian?

Juga jika dibandingkan, berdasarkan jumlah keahlian PEKIDA (Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia), pertubuhan tersebut lebih relevan dalam usaha mempertahankan hak dan keistimewaan orang Melayu. Tidak dapat dinafikan jumlah ahli PEKIDA jauh melebihi bilangan mereka yang menyokong kesemua NGO tanpa mandat yang disebutkan tadi, terutama Pergerakan Anti-ISA (AIM) yang bertujuan menghapuskan ISA.

Dari segi struktur PEKIDA mengamalkan sistem pemilihan demokratik di mana ahli jawatankuasa dipilih secara sah, sementara ahli jawatankuasa AIM pula tidak dipilih secara demokratik kerana badan tersebut tidak mengamalkan sistem pemilihan demokratik.

Dalam pada itu PEKIDA boleh berbangga mewakili para petani, nelayan, buruh ladang dan kumpulan-kumpulan yang terpinggir, berbanding AIM yang bergerak di atas suara hati kumpulan masyarakat kelas menengah.

Oleh yang demikian perjuangan PEKIDA mempertahankan ISA dilihat sebagai lebih sah berbanding usaha AIM yang bermotifkan sebaliknya.


(Artikel ini ditulis dan dipadankan berdasarkan cetusan hati Raja Petra Kamaruddin dalam Malaysia Today)

Monday, March 14, 2011

Perspektif Akademi Pengajian Melayu UM Perlu Lebih Rasional


Terkilan juga apabila mendengar sikap sekumpulan pelajar Akademi Pengajian Melayu (APM) Universiti Malaya (UM) yang baru-baru ini meluahkan kemarahan terhadap Kementerian Pengajian Tinggi berikutan gesaan supaya universiti-universiti tempatan memberikan lebih keutamaan kepada prospek peluang pekerjaan kepada para graduan.

Tiada apa yang perlu dipertikaikan dengan saranan kementerian itu, kerana niatnya hanya untuk membantu menyerlahkan prospek pekerjaan di kalangan lepasan universiti.

Bagaimana pun, amat menghairankan mengapa para pelajar APM itu melihat gesaan tersebut daripada perspektif yang teramat sempit. Mereka beranggapan ia berupa tindakan untuk meminggirkan Bahasa Malaysia.

Tindakan mereka menuntut supaya Naib canselor UM Profesor Datuk Ghauth Jasmon memohon maaf dirasakan keterlaluan dan sebenarnya memalukan. Ia tidak ubah seperti melawan guru yang diberikan mandat untuk memperturunkan sebaik-baiknya ilmu kepada pelajarnya.

Dalam peradaban keilmuan Melayu sejak zaman silam, prinsip hormat kepada guru bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. Prinsip tersebut juga selari dengan tuntutan agama.

Sekiranya pihak pelajar yang menentukan apa yang perlu diajar dan diutamakan guru atau pensyarah, apakah kaedahnya? Apakah kita hanya bersedia menerima pelajaran yang kita berasa selesa mempelajari?

Lebih tepat lagi, nasihat dan teguran Profesor Ghauth hanya bagi kepentingan pelajar itu sendiri, selain bertujuan membantu menaikkan tahap prestasi UM yang kian merosot.
Oleh yang demikian, mengapa perlu Profesor Ghauth memohon maaf?

Apa yang berlaku di sebalik kontroversi ini apabila Profesor Ghauth menyampaikan amanat kepada satu perhimpunan lebih 2,000 siswa dan siswazah supaya lebih serius dan fokus memperbaiki kemahiran dan penguasaan Bahasa Inggeris.

Maksud nasihat yang diberikan itu sebagai usaha mempertingkatkan prospek pekerjaan para graduan apabila lulus kelak.

Beliau berasa terpanggil untuk memberikan nasihat tersebut sebagai seorang guru yang mengambil berat tentang aspek kecemerlangan pelajarnya.

Ini kerana pelajar APM menghadapi prospek pekerjaan paling rendah berbanding fakulti-fakulti lain dalam jangka masa enam bulan selepas menamatkan pengajian.

Bagaimana pun, niat murni beliau dibalas dengan kecaman dan desakan supaya mengisytiharkan pendiriannya mengenai Bahasa Melayu.

Seterusnya dengan didorong mentaliti sekawan (herd mentaliti) ada di antara pelajar itu yang sanggup melontarkan komen-komen kurang enak terhadap “mahaguru’ mereka dengan kata-kata seperti ‘biadab dan ‘pengkhianat’ di laman sosial video YouTube.

Pelajar-pelajar terbabit yang masing-masing masih dalam proses mengejar ilmu langsung tidak dapat melihat dan merasakan keprihatinan Profesor Ghauth.

Apakah mereka tidak menyedari betapa pihak majikan kini amat payah menawarkan pekerjaan kepada sebahagian besar lepasan universiti tempatan kerana tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang teramat lemah?

Bukannya majikan sengaja berbuat demikian, tetapi kerana itulah hakikat dan realiti yang perlu dihadapi dunia komersial dalam era globalisasi ini.

Dalam keadaan sebegini tidak hairanlah jika sektor perkhidmatan awam paling diidamkan ramai lepasan universiti tempatan, terutama orang Melayu.

Dengan memasuki perkhidmatan awam, timbul satu lagi dilema apabila disebabkan penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah mereka mendapati sukar menangani tugas harian di sesetengah jabatan.

Dalam pada itu janganlah pula disebabkan kurang penguasaan Bahasa Inggeris, mereka yang terbabit mempromosikan diri sebagai pejuang bangsa dan bahasa. Ini satu tindakan yang hanya membodohkan diri sendiri.

Mempelajari Bahasa Inggeris bukan bererti kita bukan nasionalis atau merendahkan martabat Bahasa Melayu yang tercinta.

Thursday, March 10, 2011

The Brinkmanship That The Authorities Play in Carrying Out Their Duties


In a tight multiracial country like Malaysia the line between what is sensitive and what is not is oftentimes difficult to discern.

Law enforcers and the authorities in charge often find it akin to an acute practice of brinkmanship in carrying out their duties.

There is no running away from having to face brickbats from detractors and opportunistic politicians to champion the cause of the so-called oppressed and down-trodden, depending on which way one looks at it.

The government of the day or any democratically-elected government for that matter will want to give the best in appeasing the people who voted them into power. No government, save for the crassly autocratic would bull doze their way once at the top.

And so, that brings us to at least two recent events that occurred at two levels of educational institutions, one at the University Pertanian Malaysia (UPM) and the other at a secondary school in Kuala Kubu Baru way in the boondocks of Selangor.

In UPM two weeks ago 10 students who had won seats on the Student Representative Council, were told that they were disqualified by the university management.

This had led to an uproar of protests from their supporters, followed by chaotic scenes on campus, at the end of which the 10 were reinstated.

In the second incident, seven students from SMK Kuala Kubu Baru were reported to have wanted to return their copies of the literature textbook ‘Interlok’ to the school principal because they did not want to read it.

What transpired was they alleged a teacher had used derogatory words against their action.

All these resulted in the students being taken to the police station and claimed to have been interrogated for 10 hours.

There is a parallel that can be found in these two separate incidents.

Without taking sides or going into details this has to stop.

The view from the street would, of course, put blame on the authorities for taking drastic and extreme measures without regards to the situation.

But then again, the police in Kuala Kubu Baru and the authorities in UPM may have done what they did without ulterior intent. It is not too difficult to put oneself in their place and see things from their perspective.

It would be quite mind boggling to quickly assume that they were being partisan.

However, both cases aptly describe a scenario where tact and common sense have to be used to appease the situation at hand.

Crass action in haste has to stop if the authorities really feel that dissent could pose a threat to security.

In this context, dissent should be controlled and differentiated with seditious acts that could lead to trouble.

Perhaps, what the authorities could have done was to put on hold their action on the alleged perpetrators and think outside the box.

Difficult this suggestion may sound at the time of the incident, but I dare say that tact could be used in both instances.

Put a moratorium on any action and look beyond the immediate.

Ask ourselves, could there have been fifth columnists involved to instigate the students at UPM as well as the fifth formers at SMK Kuala Kubu Baru? Your guess is as good as mine in both instances.

If the answer after investigation is in the affirmative, why not go after them, too?

Not easy, you say? Yes, not easy but it has to be done for the often unthinking hands of the evil doers can cause worse problems.

Sunday, March 6, 2011

PRK Kerdau N28: BN Menang Besar!

Pilihan raya kecil N28 Kerdau dimenangi oleh Syed Ibrahim Syed Ahmad dengan majoriti 2,724.

Berikut keputusan undian untuk Pilihan Raya Kecil N28 Kerdau yang mula diterima:

Keputusan Semasa: BN 5060 / PAS 2336 / Majoriti 2,724
Peratusan Perbezaan Undi: 36.83 peratus

8.56 malam

UNDI POS:

Kertas undi dikeluarkan 51: BN 39/ PAS 11. Satu kertas tidak dikembalikan.

SALURAN 1:
Kampung Seri Tanjung:
Kertas dikeluarkan 205 : BN 146 / PAS: 55 / Undi ditolak 4
SK Kerdau:,
Kertas dikeluarkan 259: BN 152 / PAS 103 / Ditolak 4
SK Lipat Kajang:
Kertas dikeluarkan 346: BN 243 / PAS / 99 / Ditolak 4
SK Pulau Pasir Mandi:
Kertas dikeluarkan 254: BN 144 / PAS 108 / Ditolak 2
SK Jengka 25:
Kertas dikeluarkan 351: BN 307 / PAS 43 / Ditolak 1
Balai Raya Kg. Kerai:
Kertas dikeluarkan 335: BN 286 / PAS 44 / Ditolak 5
SMK Kerdau:
Kertas dikeluarkan 303: BN 204 / PAS 93 / Ditolak 6
SK Kuala Tekal:
Kertas dikeluarkan 310: BN 241 / PAS 64 / Ditolak 5
SK LKTP Jengka 23:
Kertas dikeluarkan 334: BN 236 / PAS 95 / Ditolak 3
Dewan Puspa Rumpun Makmur:
kertas dikeluarkan 257: BN 199 / PAS 51 / Ditolak 7
SK Teluk Sentang:
Kertas dikeluarkan 528: BN 297 / PAS 226 /Ditolak 5
SK Paya Taram:
Kertas dikeluarkan 276: BN 184 / PAS 83 / Ditolak 9
SK Jengka 22:
Kertas dikeluarkan 281: BN 182 / PAS 94 / Ditolak 5

SALURAN 2:
SK Kerdau:
Kertas dikeluarkan 302: BN 155 / PAS 144 / Ditolak 3
SMK Kerdau:
Kertas dikeluarkan 401: BN 267 / PAS 132 / Ditolak 2
SK LKTP Jengka 23:
Kertas dikeluarkan 530: BN 390 / PAS 133 / Ditolak 7
Dewan Puspa Rumpun Makmur:
Kertas dikeluarkan 231: BN 213 / PAS 108 / Ditolak 0
SK Paya Taram:
Kertas dikeluarkan 381: BN 224 / PAS 133 / Ditolak 4
SK Jengka 22:
Kertas dikeluarkan 320: BN 224 / PAS 94 / Ditolak 2

SALURAN 3:
SMK Kerdau:
Kertas dikeluarkan 381: BN 227 / PAS 152 / Ditolak 2
SK LKTP Jengka 23:
Kertas dikeluarkan 482: BN 297 / PAS 177 / Ditolak 8
SK Jengka 22:
Kertas dikeluarkan 279: BN 183 / PAS 94 / Ditolak 2

Wednesday, March 2, 2011

PAS Agama Baru?



Baca kupasan lanjut oleh blogger "penembak tepat" di sini.