Monday, November 21, 2011

MyVO1CE: Guan Eng Takut Bayang-Bayang


Nampaknya duduk tak duduk, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melompat kerana Barisan Nasional (BN) mengiktiraf sumbangan pengamal media sosial sukarela 1Malaysia (myVO1CE) sebagai ‘wira dan pejuang.’

The Malaysian Insider melaporkan pemikiran pincang Guan Eng yang menganggap apa yang dilakukan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak itu sebagai bukti BN menggalakkan “kepalsuan berniat jahat” yang dilakukan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan anggota keluarga mereka.

Kemarahan Guang Eng berikutan laporan membabitkan seorang anggota keluarganya baru-baru ini yang dieksploitasi oleh segelintir blogger mendorong beliau memandang serong terhadap inisiatif ‘pro bono’ (sukarela) myVO1CE.

Ramai juga yang mengikuti isu berhubung perkara tersebut, tetapi hakikatnya ramai di kalangan blogger dan pengamal media arus perdana tidak mengambil pusing apa yang cuba dimainkan itu. Mereka setakat melaporkan berita berhubung reaksi beberapa pihak terhadap kontroversi tersebut. Itu saja.

Isu itu sudah reda dan amaran untuk membawa mereka yang dikatakan terbabit ke mahkamah juga telah disuarakan.

Bagaimana pun, bagi Malaysian Insider yang lebih condong kepada suara hati dan persepsi pembangkang, isu itu seolah-olah perlu dibangkitkan semula.

Apa tidaknya, apabila keadaan semakin reda portal tersebut berasa terpanggil pula untuk mengimbas kembali butiran dan rentetan ‘peristiwa’ menyelubungi dakwaan tersebut dengan memberikan latar belakang yang kononnya berlaku.

Sikap Guan Eng dan konco konconya beliau terhadap sebarang inisiatif BN menyokong negara yang sebenarnya diertikan dalam konteks myVO1CE mencerminkan betapa minda dan hati mereka tertutup terhadap sebarang inisiatif yang dilakukan kerajaan (BN), walaupun ia untuk kebaikan.

Pada majlis yang berlangsung di PWTC pada petang Ahad, Najib tidak pun menyebut tentang ‘cybertroopers,’ tetapi apa yang disebut beliau dalam ucapannya sekadar mengiaskan pengguna sosial media sebagai pejuang siber yang akan membantu menerangkan dan menyampaikan segala inisiatif kerajaan untuk negara kepada seluruh rakyat.

Mungkin apa yang dimaksudkan Guang Eng segelintir blogger yang sering kali berasa perlu untuk menyerangnya di alam siber berikutan apa yang dianggap sebagai dasar pincang beliau sebagai pemimpin dan pendirian beliau sebagai ahli politik.

Dalam hal ini apakah segelintir blogger itu boleh disamakan dengan sukarelawan inisiatif myVO1CE?

1 comment:

im4string said...

Gila kuasa punye orang

im4strings.blogspot.com