Sunday, November 27, 2011

Elizabeth Wong mahu hak bersuara atau memberontak?


Dalam tweet terbarunya, ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong menyatakan betapa tamadun manusia tidak mampu menahan rakyat daripada bangkit.

Terdahulu, Elizabeth menghantar satu tweet menegaskan konsep kebebasan ‘dalam semua tamadun timur bukan konsep barat’, tetapi juga disuarakan tokoh-tokoh seperti pakar sejarah, ekonomi dan sosiologi Arab Tunisa Ibnu Khaldun dan falsafah sosial dan perintis konsep ekonomi politik bangsa Scottish, Adam Smith.

Dalam menyatakan tiada kuasa undang-undang mampu menyekat kebangkitan rakyat, dan kononnya Barisan Nasional (BN) takut, lantaran memperkenalkan undang-undang baru, ramai yang dapat membayangkan apa yang tersirat di celah kegelapan pekat hati beliau.

Nyata sekali yang didesak oleh pembangkang bukan hak kebebasan untuk bersuara dan berekspresi melalui tindakan berkumpul dan berdemonstrasi, tetapi untuk menghasut dan memupuk kebangkitan rakyat.

Dalam konteks apa yang ditweetnya itu, seseorang yang peka akan dapat mengesan hasrat mereka untuk cuba menimbulkan kacau bilau di negara ini.

Apa tidaknya, sejarah dunia juga jelas menunjukkan betapa pendekatan paling licik menjatuhkan sesebuah kerajaan dan negara ialah melalui usaha menggugat dan hasutan yang seterusnya membawa kepada anarki.

No comments: