Monday, October 3, 2011

Sambutan Hari Merdeka Hambar? Tengok siapa cakap


Tak payah pening kepala memikirkan kenapa ada sesetengah pihak yang mengatakan sambutan perayaan Hari Merdeka ke-54 baru-baru ini hambar.

Yang mendakwa demikian ahli parlimen pembangkang, dan seperti yang dikatakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, apa yang nak dihairankan? Mereka pembangkang, jadi mereka akan membangkang apa saja.

Apa yang jelas sambutan perayaan Hari Merdeka yang diadakan secara besar-besaran di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 16 September lalu begitu berimpak dan meninggalkan pelbagai kesan positif di kalangan rakyat, apatah lagi apabila ia disambut serentak sambutan Hari Malaysia yang dulunya dilakukan secara berasingan pada bulan lain.

Di samping itu ia juga berlaku pada musim raya – bulan Syawal, justeru mampu berkongsi keceriaan bersama Aidil Fitri.

Di Kuala Lumpur saja, penduduk sekitar Bandaraya sentiasa diingatkan tentang perayaan tersebut apabila saban pagi sebelum kemuncak perayaan, deruman enjin helikopter yang bakal menyerikan acara sentiasa mengejutkan mereka.

Bagaimana pun, kibaran Jalur gemilang ketara tidak sehebat tahun-tahun lalu, kecuali seperti biasa lebih menyerlah di gedung dan kedai-kedai sekitar Kuala Lumpur.

Pengibaran bendera, walaupun akan lebih menyerikan suasana, tidak bererti sambutan perayaan tidak hebat atau hambar.

Oleh yang demikian Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang bertentangan dengan Ahli Parlimen PAS (Marang) di Dewan Rakyat pada Isnin, tidak perlu teruja sangat. Apa yang didakwa ahli pembangkang itu tidak benar langsung.

Mungkin Yang Berhormat dari PAS itu kehabisan modal untuk menonjolkan diri pada hari pertama sesi parlimen, lantaran berasa terpanggil untuk hentam saja tanpa mengira apa isu yang perlu dibangkitkan.

Rais berkata selain di tiga buah negeri, iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Selangor yang kurang menonjolkan perayaan tersebut, sambutan Hari Merdeka diraikan meriah dengan 218 program di seluruh negara.

Tambah beliau lebih 10,000 rakyat mengambil bahagian dalam acara sambutan di Dataran Merdeka dan ribuan lagi memeriahkan acara itu di peringkat negeri.

No comments: