Monday, October 17, 2011

''Kurang Ajar" dalam Konteks Peradaban Melayu


Sebenarnya ada banyak cara untuk seseorang itu 'menjadi' kurang ajar.

Dalam konteks teori perundangan dan juga peradaban yang dipegang masyarakat tertentu ia boleh berlaku melalui apa yang dianggap sebagai 'implied,' atau dalam erti kata lain, secara tidak terus.

Hakikatnya, seseorang pelaku itu perlu mempertimbangkang akibat atau konsekuen apa yang bakal diucapkannya. Dan ini juga dikira tanggung jawab seseorang yang bertamaddun dan mempunyai nilai moral dan sivik yang tinggi, lebih-lebih lagi bagi seorang cendiakawan undang-undang atau ahli akademik seperti 'pakar' undang-undang perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Jika persepsi adalah segala-galanya, apa yang diungkapkan Aziz tidak lama dulu berhubung kenyataan Sultan Selangor ekoran isu gereja DUMC dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut tergolong dalam kategori sama.

Prof Aziz perlu menempatkan dirinya di luar kepompompong terasing teori akademik dan berpihak di bumi nyata sebagai seorang rakyat Malaysia yang terdedah kepada interaksi kepelbagaian masyarakat berbilang kaum, selain celik kepada hakikat bahawa Islam agama rasmi negara dan Sultan ketua agama tersebut.

Oleh itu dalam konteks memperkatakan tentang isu berkenaan, Prof Aziz tidak boleh berselindung di sebalik 'kekebalan' kononnya dia tidak melakukan sebarang kesalahan kerana apa yang diucapkannya itu berpandukan undang-undang dan perlembagaan.

Kata orang Melayu, cakap itu perlu berlapis - dan Prof Aziz juga orang Melayu yang tidak terkecuali daripada persepsi dan implikasi pertuturan dalam liku-liku kesmasyarakatan yang kompleks.

Justeru, berdasarkan inilah maka bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan Prof Aziz memohon maaf dan menarik balik kenyataannya mempertikai titah Sultan Selangor berhubung isu DUMC pada Ogos lalu, 'sebagai kurang ajar'.

Menurut Tun kenyataan profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bertentangan dengan moral masyarakat Timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam bahasa Melayu.

2 comments:

Anonymous said...

Sedutan Perhimpunan Agong UMNO satu ketika kuat dulu...

Penderhakaan terbuka Zainal menaikkan semangat para perwakilan Umno. Satu demi satu aib Raja-raja Melayu didedahkan dan keaiban-keaiban ini disiarkan oleh media elektronik pro-Umno secara langsung dan media cetak pro-BN keesokan harinya.

Bagaimanapun cerita tikus dan kucing oleh perwakilan Umno Pulau Pinang itu tiba-tiba mengecutkan perut para perwakilan yang sebelum itu begitu biadap dan celupar menghina istana.

Tiada seorang pun perwakilan Umno yang berani menyahut cabaran perwakilan Umno itu sehinggalah ucapan penangguhan Presiden.

Dan ketika memberikan ucapan penangguhannya Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad (Dato' Seri) dengan beraninya berkata: "Ada perwakilan yang bertanya siapa tikus yang berani menggantung loceng di leher kucing... Jawapannya kamilah... Kami yang berada di atas pentas ini (Ahli Majlis Tertinggi Umno)."

Maka bersorak-sorai para perwakilan Umno meraikan keberanian Dr Mahathir itu. Hasilnya satu Resolusi 4 Perkara telah diluluskan Perhimpunan Agung Umno untuk mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu.

elvin said...

wah bisa bahaya itu,....
saya tunggu kehadiranya di blog saya kawan. http://skrtu.blogspot.com