Thursday, October 20, 2011

2012 Tahun Melawat Perak Atau Tahun Melawat Legasi British?


Terbaru pada Khamis ramai pengkaji sejarah dan peminat warisan sejarah negara agak tersentak dengan pengumuman Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri Perak Datuk Hamidah Osman menaikkan taraf Kellie’s Castle di Batu Gajah kepada sebuah Istana Eropah.

Nampaknya kita masih tidak serik-serik dengan kekalutan dan kekeliruan sejarah berikutan konflik tafsiran yang berlaku mengenai serangan pengganas Komunis ke atas balai polis Bukit Kepong, Johor sewaktu zaman darurat.

Kini kerangka kediaman separuh siap peninggalan peladang getah penjajah Inggeris itu sedang dimajukan dengan anggaran RM5 juta untuk dilengkapkan dengan perkakasan bagi menjadikannya sebuah ‘Istana Eropah.’

Apakah rasional di sebalik pelan yang dianggap penulis ini sebagai begitu pincang dan terbabas itu?


Sebuah rumah lama di Bukit Chandan, Kuala Kangsar


Jika statistik pengunjung dikatakan mencecah hingga 66, 000 orang pada tahun lepas, ia masih tidak mensahihkan usaha terbaru ini kerana jika dimajukan legasi sejarah lain yang lebih menonjolkan identiti bumi Malaysia, statistik setinggi itu pun boleh dicapai.

Projek menaiktaraf Kellie's Castle pada penulis ini juga boleh dianggap sebagai menulis semula sejarah kerana elemen sejarah yang terdapat pada bangunan itu ialah identitinya sebagai sebuah bangunan yang tidak sampai hajat untuk disiapkan oleh pemiliknya.

Apa salahnya jika dibiarkan saja kerangka bangunan itu sebagai kenangan sebahagian daripada legasi penjajah British?

Jika diperhatikan, di Eropah dan di Britain pun kerangka istana lama sekadar dipelihara seperti mana ia ditinggalkan dan tidak dibina semula, kecuali jika dirasakan perlu sebagai tapak‘warisan nasional.’

Bagi Kellie’s Castle, ia begitu jauh sekali daripada status tapak ‘warisan nasional,’ malah lebih melambangkan usaha eksploitasi ekonomi British di Tanah Melayu.

Apa yang perlu dititikberatkan oleh Hamidah dan pihak pelancongan negeri Perak ialah menyelamatkan rumah-rumah orang kaya Melayu lama seperti yang terdapat di Bukit Chandan, Kuala Kangsar atau rumah tradisional Perak, Rumah Kutai yang hampir pupus disebabkan ketiadaan usaha untuk pemulihan oleh pihak kerajaan negeri.

3 comments:

Cloud 9 said...

Really Cool post

nandre said...

ya aku setuju dengan ayat mike tu, rumah kutei kat kota lama tu dah nak roboh sesangat, sepatutnya MUzium Perak ambek tau la pasei rumah yang dah roboh tu, itu sebenornye tarikan ataupon warisan tradisional negheri perak, kejor yob kejor..

deme ni asyek kejor yang lain ja...
bukit chandan tu banyak rumah lame yang udah terbior je, bile teman ke bukit chandan, akan nampak rumah-rumah lame tu... dah takde sape yg nak ke sane pon...

teman nie kalau cakap pasei bangunan lame, memang sensitif, bile tgk rumah lame, akan rasa berada dalam bangunan tu...perak banyak bangunan lama...

sekolah teman (King Edward VII Taiping) adalah tinggalan penjajah juge...tahun 1883 diasaskan.

NUAU said...

setuju. amat kurang pemeliharaan rumah2 tradisi sekitar kualakangsar ,bukit candan.sayang.mcm rumah yg dlm gamba tu (nama dia Bytul Anwar) pernah d offer utk di refurbish utk jd muzium tp syaratnya dia nk ambil hak rumah dan tanah jd hak negeri yg mana tidak munasabah kpd pewarisnya(anak pemilik asal rumah). Byk kajian rumah bytul anwar,bytul rahmah,istana gahara dikaji dan ditulis dlm buku oleh plajar2 UIA. tp lebih dr rekod dan buku2..saya harap khazanah kita rumah2 itu sendiri dipelihara.ia kaya dgn hasil seni tp smua makin hilang(dicuri) dan rosak.