Friday, September 23, 2011

Zambry perlu ‘damage control’ tuduhan balak Temenggor –Belum


Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abd Kadir perlu tegas mengambil tindakan ke atas Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham tentang tuduhan salah guna kuasa yang dilemparkan terhadapnya ekoran isu pembalakan seluas 74 hektar di kawasan eko-sensitif Belum-Temenggor.

Ngeh yang juga Ahli Parlimen Bruas dan ADUN Sitiawan turut mengaitkan Zambry dengan aktiviti pembalakan berleluasa di Segari dan Beruas.

Setakat ini segala komen yang dikeluarkan pihak kerajaan meruncingkan keadaan kerana kita memerlukan jawapan tepat, telus dan segera.

Kalangan penyokong kerajaan termasuk penulis ini tidak mahu perkara tersebut di heret ke kancah polemik hingga menjadi isu yang tidak mudah dikawal kerana kita amat memahami isu sekecil mana pun akan difokuskan dan dispinkan hingga menjadi besar dan tidak luput daripada radar perhatian umum bagi memaksimumkan ‘mileage’ pembangkang di Perak, terutamanya.

Masalah dengan Zambry yang kini begitu mesra dengan sebahagian besar rakyat Perak tidak kira ideologi atau pegangan politik, beliau seolah-olah masih teragak-agak untuk mengambil pendirian tegas berhubung perkara ini.

“He should be fortright and come clean, “ kata seorang pemerhati di Perak yang seolah-olah geram isu-isu yang tidak sepatutnya diajukan semata-mata kepada Zambry terpaksa dibebani beliau.

Apabila isu seperti ini tidak ditangani secara proaktif, begitu mudah elemen-elemen sama ada yang pro-kerajaan atau yang menyimpan dendam terhadap Menteri Besar Perak itu akan membuat pelbagai cerita hingga menjadi tohmahan serius.

‘Damage control’ segera dalam hal ini amat diperlukan.

Yang lebih menyemarakkan isu Temenggor-Belum ini ialah kepayahan Zambry menjawab.

Pada peringkat awal sewaktu isu tersebut disiarkan oleh media, Zambry pernah berkata beliau tidak tahu menahu tentang perkara tersebut.

Bagaimana pun, setelah beberapa lama kita dengar pula beliau mengatakan pihak-pihak pro konservasi alam sekitar menuntut macam-macam hingga kepada desakan yang menyempadani ketidakmunasabahan.

Beliau berkata sektor pembalakan antara ‘revenue earner’ paling utama di Perak dan membayangkan seolah-olah pelonggaran syarat perlu diberikan kepada kerajaan negeri.

Dalam pada itu pihak pembangkang, terutama Ngeh berkata Zambry sengaja berdalih kerana beliau menyedari Perak tidak akan kekal di tangan Barisan Nasional (BN) selepas PRU ke-13 nanti.

Beliau seterusnya berkata ini merupakan kesempatan yang diambil Zambry dan ‘kroni-kroninya.’

Adalah difahamkan pembalakan di kawasan Temenggor-Belum yang menjadi kontroversi itu boleh meraih keuntungan sehingga RM900 juta. Angka itu, menurut Ngeh melebihi bajet kerajaan negeri untuk setahun, iaitu RM800.

No comments: