Friday, September 30, 2011

Tok Bahaman, Tok Janggut, Tokku Paloh Penyagak?


Bekas ADUN UMNO Datuk Mohd Ariff Sabri berkata walaupun Datuk Bahaman, Tok Gajah, Tok Janggut dan Tokku Paloh secara teknikal pejuang nasionalis, hakikatnya mereka kesemuanya penyangak belaka.

Beliau menulis demikian dalam kolumnya di portal berita Free Malaysia Today pada Jumaat dengan mengulangi kenyataan seorang pemimpin veteran yang mengatakan negara ini tidak pernah dijajah.

Sorotan terbaru Mohd Ariff merupakan usaha beliau untuk kononnya bermain bahasa dan istilah, seperti mana menurutnya dilakukan tokoh UMNO veteran berkenaan berhubung isu Malaysia dan penjajahan.

Perspektif yang digunakan beliau merangkumi premis bumi ini tidak pernah dijajah, tetapi dijajah selama 400 tahun; bahawa UMNO adalah pecacai imperialis British, walhal tidak sebegitu; bahawa UMNO juga sebuah parti nasionalis, tetapi secara teknikal lain-lain parti politik pada waktu itu adalah pergerakan pejuang pembebasan , tetapi hakikatnya tidak sebegitu.

Itulah yang menurut Mohd Ariff sering digunakan oleh UMNO apabila mendapati diri tersepit.

Tambah beliau secara teknikal kita boleh menggunakan pelbagai versi sejarah, tetapi yang digunakan hanya versi rasmi pihak yang menang.

Selain itu, Mohd Ariff turut membuat sorotan mengenai Dr Mahathir yang kesimpulannya dikatakan tidak pernah berpendirian pro usahawan Melayu, selain berkata dalam kes MAS Tajuddin Ramli dipersalahkan walhal kerugian juga berlaku kerana faktor lain.

No comments: