Thursday, September 29, 2011

Namewee: Apabila hak asasi memupuk kebiadaban

Pada mulanya blogger ini tidak mahu ambil kisah tentang video terbaru petualang muda, si Namewee tu.



Bagaimana pun, setelah memikirkannya sejak semalam, rasanya perlu juga diluahkan sedikit sebanyak mengenai perkara tersebut.

Apa yang dapat dilihat dalam keceluparan terbaru Namewee seperti yang diuploadkan di YouTube ialah kebiadaban keterlaluan.

Inilah hasilnya apabila hak asasi manusia serta kebebasan diberikan tanpa berlapik dan berpegang kepada peradaban dan ketatasusilaan.

Namewee jelas berselindung di sebalik hak asasinya. Dia sendiri mengaku demikian. Dia mendabik dada kononnya 'dilindungi' Menteri 'undang-undang', Nazri Aziz, yang menurutnya mengatakan anak muda Cina itu tidak menyalahi apa-apa undang-undang.

Walaupun semburan Namewee dalam video tersebut kononnya ditujukan kepada Utusan Malaysia, namun sebagai masyarakat yang melandaskan peradaban dan tata susila, orang Melayu tentu sekali berasa terguris di hati apabila media yang banyak memperjuangkan suara Melayu itu dikecam sebegitu.

Tapi orang Melayu tidak boleh berbuat apa-apa kerana si Namewee ini ada hak dan kebebasan bersuara dan bermulut celupar.

Keterbukaan kita mendedahkan siapa saja kepada apa saja kini.

Dan sekiranya tindakan diambil ke atas budak bangang ini, apakah bentuk tindakan yang sesuai? Ada yang berkata tiada undang-undang yang dapat digunakan, tetapi jika dilihat dari pelbagai segi, kalangan para 'cendiakawan' perundangan Melayu sememangnya boleh berusaha mencari sesuatu 'locus standi' untuk membawanya ke muka pengadilan, bukan begitu?

Mungkin benar Namewee tidak melanggar undang-undang secara hakiki, tetapi apa pula dengan kebiadaban terhadap sesuatu kaum secara 'implied' atau tersirat.'

Seperti mana seseorang boleh didakwa kerana menghina Yang Dipertuan Agong, begitu juga rakyat atau lebih tepat lagi sesuatu kaum berhak bertindak memelihara nama dan hati mereka sebagai satu komponen kedaulatan negara.

1 comment:

Anonymous said...

tidak menyalahi undang-undang? mungkin.
tetapi lupakah kita kepada Rukunegara yang telah secara sistematik dibiarkan? arwah tun razak, berusaha begitu gigih memupuk perpaduan kaum hasilkan rukunegara sebagai asas negara Malaysia yang unik. tanyalah anak2 zaman sekarang, apakah Rukunegara dan lihat bagaimana ia dilupakan.
apakah kerajaan termasuk anaknya kini merasakan usaha murni tun razak tersebut sudah tidak sesuai?