Saturday, July 9, 2011

“Tentera” Rampasan Kuasa CIA Dibongkar di Asia

Segelintir pengikut ideologi Marxisme, penipu dan individu-individu yang berpura-pura pada 2 Julai lalu bergerak menuju ke Bandaraya Bangkok dalam apa yang dianggap sebagai sesuatu yang tidak penting.

Secara realiti, apa yang berlaku umpama seekor jerung yang merayap di arena politik Asia Tenggara. Walaupun tidak dapat dinafikan Bangkok sedang bergelut dalam kancah masalah yang diapi-apikan oleh kuasa luar, protes hari ini sebaliknya diadakan di Kedutaan Malaysia sebagai membantah apa yang dianggap sebagai penahanan “tawanan politik” oleh kerajaan Malaysia.

Menimbulkan syak pada sesi protes ini ialah logo kecil genggaman tangan tertera pada baju dan sepanduk yang dibawa.

Kumpulan propaganda Prachatai yang dibiayai organisasi Amerika, National Endowment for Democracy (NED) seolah-olah merancang segala ini sejak awal. Dengan pantas mereka mengeluarkan sebuah rencana bertajuk “Protes Perpaduan untuk Pilihan raya Adil dan Bersih serta Pembebasan Segera Para Aktivis BERSIH” yang antara lain menyebut pada 1 Julai, “sekumpulan pelajar, aktivis dan media berkumpul di luar Kedutaan Malaysia, Bangkok, sebagai reaksi kepada tindakan kerajaan Malaysia menahan lebih seratus orang ahli BERSIH 2.0 dianggotai beberapa buah organisasi hak asasi manusia yang mahukan reformasi dalam sistem pilihan raya.

Menurut akhbar Bangkok Post, turut menyertai protes itu Yayasan Kuasa Rakyat (People’s Empowerment Foundation), sebuah lagi pertubuhan yang dibiayai NED.






Foto: Terpampang di bahagian belakang baju T seorang penunjuk perasaan dan sepanduk merah logo parti PSM Malaysia yang menggunakan logo genggaman tangan ‘Otpor!’ yang pernah digunakan sebagai lambang pergerakan belia di Serbia untuk menggulingkan Slobodan Milosevic. Pergerakan Otpor! kemudian bertukar menjadi CANVAS yang berusaha memberi latihan kepada pejuang revolusioner dengan sokongan Amerika Syarikat di seluruh dunia. Oleh itu, apa yang jelas sekarang kesemua pergerakan tersebut bergabung tenaga tanpa mengira kewarganegaraan dalam usaha menjatuhkan dan menggantikan kerajaan-kerajaan dengan pemerintahan yang dibiayai dan dikuasai satu rangkaian masyarakat sivil.


“Tawanan politik” yang disokong para penunjuk perasaan ini berpunca daripada pergerakan haram BERSIH 2.0 Malaysia yang disokong NED dan Parti Sosialis Malaysia (PSM). PSM menggunakan lambang genggaman tangan Otpor! pada baju dan bendera mereka sejak 2009 – lama selepas Otpor! bertukar menjadi CANVAS dan lama selepas CANVAS mula melatih “tentera” revolusioner di serata dunia yang terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang diperdayakan oleh mereka.

Walaupun boleh ditafsirkan lambang genggaman tangan PSM itu lebih relevan kepada kemungkinan wujud pertalian dengan CANVAS, namun kita tidak dapat menafikan bahawa PSM sebenarnya bukan sahaja bergerak bagi menyokong petualang global Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinannya.

Seperti bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra, Anwar Ibrahim atau pemenang Hadiah Keamanan Nobel Mohammed ElBaradie dari Mesir, masing-masing mereka tidak mempunyai kaitan mendalam dengan sistem pemerintahan ‘korporatokrasi’ anasir-anasir pincang Wall Street yang wujud sejak beberapa tahun lalu.

Anwar dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia (World Bank) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 1998. Selain memegang beberapa jawatan lain termasuk sebagai pensyarah di School of Advanced International Studies, John Hopkins University (sebuah lubuk di mana anasir dan petualang paling jijik dan buruk berhimpun dan diasuh), dia juga sebagai perunding kepada Bank Dunia.

Pada 2007, Anwar menjadi ahli panel pemilih Anugerah Demokrasi (Democracy Award) National Endowment for Democracy (NED) yang berpaksikan pegangan neocon, selain menjadi ahli panel pada satu majlis penyerahan bantuan NED.


Foto: National Democratic Institute (NDI) yang dibiayai oleh NED secara terbuka mengaku memberi bantuan dana, menyokong dan melatih gerombolan-gerombolan jalanan Anwar Ibrahim di Malaysia, tetapi mengaburi jejak pada informasi yang dipaparkan pada laman web mereka. Gambar di atas rupa laman web mereka sebelum diubahsuai.


Tepat juga jika dikatakan pergerakan pembangkang politik Anwar yang wujud sekarang ini di Malaysia mendapat sokongan daripada gerombolan-gerombolan petualang tersebut yang beliau mendampingi sejak sekian lama.

Juga memang benar, gerombolan jalanan, iaitu BERSIH yang dijadikan oleh Anwar sebagai proksi dan kini dikenali sebagai BERSIH 2.0 telah mendapat latihan, sokongan dan bantuan kewangan daripada NDI, yang seterusnya dibiayai NED. Dalam usaha menutup bukti hubungan ketara NDI dengan NED, laman web NDI yang sebelum ini secara terbuka mengaku memberikan dana kepada BERSIH kini telah diubahsuai supaya pengakuan tersebut tidak lagi dipaparkan.

Bagaimana pun, jika dijejak versi memori ‘cache’ melalui enjin pencarian Google muka surat yang menyebut demikian masih dapat dilihat (sehingga 2 Julai, 2011).
Pergerakan BERSIH 2.0 mengaku disokong Amnesty International yang juga dibiayai Soros dan sekurang-kurangnya pada satu ketika telah membuat pengakuan menerima dana daripada NDI dan Open Society yang dimiliki George Soros.

Anwar, BERSIH 2.0 dan PSM merancang mengadakan perhimpunan haram besar-besaran pada 9 Julai bagi kononnya menggesa diadakan “pilihan raya bersih,”sebelum berlaku Pilihan raya Umum Ke 13 yang mungkin adakan pada pertengahan 2012.

Bersamaan pilihan raya Thailand pada 3 Julai baru-baru ini, dan kebarangkalian negara itu mengharungi satu lagi episod huru-hara dan revolusi, perhimpunan haram pembangkang di Kuala Lumpur pada 9 Julai mungkin mencetuskan satu kekacauan besar di Asia Tenggara.

Persekongkolan mereka yang tertipu, penyokong Marxisme bersama organisasi-organisasi yang dibiayai NED secara koordinasi dengan gerombolan petualang jalanan disokong NED/NDI di Malaysia melambangkan dan membuktikan bukan sekadar usaha menggugat negara secara besar-besaran melalui pendalangan kuasa luar, malahan satu usaha bagi menggoncang seluruh rantau ini.

Myanmar

Turut berada dalam adunan ini ialah bekas petugas Bangsa-Bangsa Bersatu dan pemenang Anugerah Keamanan Nobel Aung San Su Kyi, yang sejak begitu lama memimpin barisan pembangkang utama di Myanmar selain meraih sebanyak sokongan yang mungkin daripada pelbagai kader korporat, kumpulan pemikir dan organisasi.

Beliau peserta akhir bagi anugerah Chatham House Prize 2011, dan disebabkan ini maka tidak hairanlah jika dia juga mendapat sokongan daripada pertubuhan Freedom Now.
Pertubuhan Freedom Now menerima bantuan kewangan darpada Moriah Fund, Lantos Foundation yang disertai Presiden rejim Zionis Israel Shimon Peres sebagai “penasihat,” Real Networks Foundation (yang juga membiayai pertubuhan Democracy Now) and Charles Bronfman Prize yang mengisytiharkan pada laman webnya slogan “Nilai Murni Yahudi. Impak Global.”

Freedom Now turut menerima sokongan nasihat perundangan secara percuma daripada syarikat guaman Pillsbury Law, yang juga ahli korporat CFR (Majlis Perhubungan Luar Amerika Syarikat).

Aung San Suu Kyii dilahirkan dalam sebuah keluarga yang amat kaya dan mempunyai pertalian politik berpengaruh. Beliau menuntut di luar negara, pernah bertugas dengan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York dan menerima ijazah PhD daripada University of London sebelum pulang ke Myanmar untuk memimpin pergerakan ‘prodemokrasi’
Tanpa menghalusi keyakinannya, ketara beliau dan pergerakannya telah diperalatkan bagi usaha menjatuhkan pemerintahan junta tentera dan menggantikannya dengan sebuah kerajaan yang lebih mesra dengan agenda korporat, yang hakikatnya tidak ada kena mengena dengan “demokrasi untuk rakyat.”


Foto: Kad pengenalan Aung San Suu Kyii ketika beliau bertugas di Bangsa-Bangsa Bersatu, New York.

Pada 2007, berlaku apa yang dikenali sebagai “Revolusi Safron (Saffron Revolution),” yang didalangi dan dipromosikan secara begitu gah oleh media yang dimiliki korporat, tetapi tidak ke mana. Walaupun pelbagai retorik dilaungkan, aura kredibiliti palsu dan keperwiraan yang di war-war telah menghasilkan satu lagi pusingan penganugerahan Hadiah Nobel yang diguna bagi menghapuskan satu lagi halangan terhadap usaha globalisasi. Apa yang terbukti revolusi warna di Myanmar tidak berkesan.

Bagaimana pun, dalam jangka masa yang dirasakan serentak dengan pilihan raya Thailand pada 3 Julai dan tunjuk perasaan besar-besaran BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai, Aung San Suu Kyiii nampaknya sedang merancang usahanya tersendiri untuk mengapi-apikan huru-hara politik di rantau ini dengan cara mengadakan “lawatan nasional.”

Sementara parti-parti pembangkang di Malaysia dan Thailand dibiayai dan disokong penuh oleh pihak korporatokrasi global, pembangkang di Myanmar pula penerima rasmi usaha latihan daripada CANVAS yang dibiayai Amerika Syarikat. CANVAS adalah pertubuhan yang bertanggung jawab melatih para aktivis Lubnan, Iran dan Mesir yang kini sedang berusaha menghancurkan kedaulatan negara masing-masing.

Mungkin persiapan masih tidak berapa lengkap bagi melancarkan satu revolusi warna di Thailand, tetapi melalui koordinasi serantau kemungkinan berlakunya keganasan dan pertumpahan darah kini sesuatu yang amat realistik. Hakikatnya, pergerakan-pergerakan yang disokong dan dibiayai oleh dana dan pertubuhan yang sama dengan pertalian dengan penyokong-penyokong kewangan korporat Barat yang sama kini bergerak serentak dan senada bagi menjadikan beberapa bulan akan datang satu musim dipenuhi kegelisahan, kekacauan dan pertumpahan darah.

Satu-satunya aspek positif “Musim Panas Asia” ini ialah hakikat bahawa negara-negara , media alternatif dan rakyat begitu mudah terpengaruh dan diperdayakan oleh segala pergolakan yang berlaku di negara-negara Arab sejak awal tahun ini.

2 comments:

::mekdebekz:: said...

The things you wrote about - a lot of people who were involved in the Bersih rally would not even give a shit. What they care about is the fact that they are there, on the street, bringing their so-called leaders' words, while neglecting the fact that the rally is not just s simple propaganda by the PKR leader. They do not see the bigger picture. I hate to say this but Malays are generally very short-focused -"what's there in front of our eyes, we see, we comprehend, and that's that. Who cares about other nations? That only happens in other countries". And adding to the fact that how many are those who were in the rally can read English? I'm not talking about reading McDonald's menu, but international newspapers. How many would actually sit down, and read newspapers from other countries, and make conclusion based on many sources instead of their twisted-minded leaders?

None.


I rest my case.

Lenggong Valley said...

Hi.

Thanks for the comment.

You did end it with 'I rest my case,' but i do believe if you have one, its best you do not rest it, as I, for one, will not.

The piece you commented was not aimed primarily at malay readers, although it would be a bonus if they read it, wouldn't it?

As someone once said, '.,it is better to die trying rather than not to have tried at all...'