Saturday, April 23, 2011

Kalau tiap kali air bah, pasti pasir berubah - di mana kaedahnya?

Sejak kebelangan ini kerap kita mendengar tentang pertukaran pucuk pimpinan dan pengurusan pertubuhan atau lebih-lebih lagi, jabatan kerajaan.

Di sini apa yang ingin dipersoalkan perubahan ketara di segi struktur pentadbiran atau operasi yang pasti berlaku sebagai susulan.

Kadangkala ia bukan sekadar pengstrukturan biasa, malahan hingga membawa kepada permusuhan dan perletakan jawatan ekoran bibit-bibit rasa marah dan hasad dengki serta ego yg diterapkan bersama.

Apabila sampai ke tahap demikian maka punahlah aspirasi kerajaan untuk melaksanakan sesuatu projek atau mencapai sesuatu matlamat dengan berkesan.

Oleh itu, amat penting bagi pucuk pimpinan kerap memantau sistem operasi dan pengurusan apabila tiba waktu seseorang ketua pengarah yang efektif bersara sebelum 'Napoleon-Napoleon Kecil' bermaharajalela dan menyebabkan matlamat yang disasarkan kecundang.

No comments: